Saturday, December 19, 2009

2012 Dari Perspektif Islam

Berikutan peristiwa besar 2012 suatu perbincangan diantara ulamak luar telah memutuskan perkiraan mengikut tanda-tanda dan rentetan peristiwa yang telah berlaku di atas muka bumi berkemungkinan besar adalah benar.

Syeikh Maulana (guru), orang yang banyak menyumbangkan tenaga di dalam menjayakan PERKIM dan beliau suka berbincang dan bertukar pendapat bersama ulamak di wilayah Negara Arab dan Negara timur tengah. Baru-baru ini beliau telah pergi ke Iran dan Kaherah…… Beliau mengatakan sejumlah 400 rakyat Iran yang pergi ke Mekah dijangkiti virus selesema babi. Kita ketahui bahawa Mekah dan Madinah adalah kawasan selamat tetapi jangan lupa kekuasaan Allah s.w.t. Di Kaherah, kerajaan telah membuat operasi besar-besaran menghapuskan haiwan babi. Begitu juga di Iran.

Persoalannya kenapa Malaysia tidak melakukannya? Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Kini beliau sedang perhebatkan dakwah berikutan hal ini di kawasan Kuala Lumpur. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(olehNASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan NASA. bulan mei 2009 planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi.. mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap.

Di norway, misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.

Benarlah kata-kata RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil "back to ancient" berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat Islam.

Friday, December 18, 2009

Friday, December 11, 2009

Pertukaran Teks Komponen Sastera (KOMSAS) Dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Melalui surat pekeliling ikhtisas kementerian pelajaran bil 7/2009, sekolah-sekolah telah dimaklumkan tentang pertukaran teks yang akan digunakan dalam komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bermula secara berperingkat mulai tahun 2010.

Guru-guru bahasa yang berkenaan boleh lah merujuk kepada perkeliling tersebut di link berikut untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

http://www.scribd.com/doc/23979887/Pertukaran-Teks-KOMSAS-mulai-tahun-2010

Wednesday, December 9, 2009

Sekolah tempat lambak program

Seringkali jika ada perdebatan mengenai isu sosial mahupun isu apa sahaja. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai murni dan positif supaya modal insan yang efektif dapat dibentuk. Jadi, mudah sekali mana-mana pihak terutama orang politik seringkali cakap "Kita perlulah mendidik generasi muda dengan itu dan ini....bla..bla..bla..jadi hendaklah kita mulakan sebarang program sejak bangku sekolah...bla...bla..bla serta diharapkan kementerian dapat berbuat sesuatu...bla..bla.. guru juga perlu menyemai sikap....bla..bla..bla oleh itu dicadangkan kelab itu dan ini dilancarkan di sekolah."

Begitulah klise yang terjadi oleh mulut orang politik, tidak semena-mena sekolah tempat lambak kelab itu dan ini, program itu dan ini, persatuan itu dan ini sehingga sampai ke satu tahap yang mana satu pihak sekolah terutama guru perlu pentingkan.
KPI sekarang menuntut guru-guru lebih kompeten dalam penyampaian P & P yang menghasilkan pelajar banyak A berbanding pelajar yang kenal potensi diri. Jadi senang dikatakan, kewujudan sebarang kelab yang entah apa-apa tidak memberikan impak yang positif jika diikut dengan cakap-cakap politik. Kelab pelancongan, kelab jenayah dan sebagainya susah untuk ditentukan mana yang lebih utama.

Adalah baik hadkan atau kaji semula mana yang baik dan cukup bermanfaat untuk murid dan pelajar. Jika tidak belajar tidak kemana, kelab terbarai tidak yang menghidupkannya.

Saturday, December 5, 2009

Dasar Terbuka dan Suka Mendengar

oleh : Fadzli

Tanya sahaja pemimpin pendidikan khususnya pentadbir, kata mereka suka kepada dasar yang terbuka dan suka mendengar. Bercakap memang senang daripada bertindak, memang menjadi ungkapan biasa jika kita selalu dengar "kami mengamalkan dasar yang terbuka dan suka mendengar dengan kritikan dan cadangan orang bawahan."

Sungguh pun begitu, adakah benar bagai di kata. Selalunya mendengar dalam erti kata riak wajah atau bahasa badan semata- mata namun tiada perkenan dengan tindakan. Teman guru saya pernah berkata, dalam pengurusan pendidikan perkara mudah menjadi susah oleh kerana ada dua peraturan yang selalu diamalkan oleh pentadbir ;

  1. Bos selalu betul

  2. Jika bos salah, rujuk peraturan satu

Banyak mana cadangan subordinat atau orang bawahan, walaupun baik kekadang tidak akan dihiraukan jika tiada kuasa pengaruhi seorang bos. Sehebat mana sahaja hujah jika semua dikata tidak berkenan di hati bos semuanya tidak menjadi. Mempengaruhi dan membodek perkara yang berbeza. Mempengaruhi punyai cara yang cerdik tapi berhemah tetapi membodek mempunyai cara berhelah yang penuh perasaan bermuka-muka.

Tidak semua pentadbir begitu, tetapi adakah kita semua faham akan dasar terbuka dan mahu mendengar. Punya banyak kursus dan latihan kepemimpinan, ia tidak memadai memahamkan kedua-dua konsep ini. Dasar yang terbuka dengan kritikan dan mendengar perlu dilatih dan bukan sekadar didengar

http://www.cikgumalaysia.com/

Thursday, November 26, 2009

Wednesday, November 25, 2009

MBMBI Ganti PPSMI Sesuatu Yang Janggal

Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid pagi tadi menganggap keputusan kabinet memperkenalkan pelan Memertabat Bahasa Melayu Dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMBI) sebagai sesuatu yang janggal.

Anggapan tersebut sebagai respon pada pengumuman Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bagi mengantikan pelan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Walaupun pelan penggantian ini (MBMBI) bermula 2011, setahun lebih awal, saya masih melihat ianya janggal.”

“Sepatutnya kebinet mansuhkan terus PPSMI dan kembalikan sistem pendidikan negara pada sistem yang asal.”

Beliau juga berpendapat bahawa kabinet seharusnya berusaha untuk memperkukuh semula bahasa kebangsaan.

“Sepatutnya kerajaan perlu memperkukuh semula Bahasa Melayu (atau) Bahasa Kebangsaan dalam semua hal pentadbiran dan pendidikan,” ujarnya.

“Tumpuan itu (memperkukuh bahasa Melayu) itu lebih mendesak…bila PPSMI dilaksanakan sejak 6 tahun lalu, proses kemandulan bahasa (Melayu) berlaku.”

Ujarnya lagi, kerajaan juga dilihat tidak serius memartabatkan bahasa Melayu.
Beliau juga melahirkan kebimbangan, jika dasar MBMBI yang menggantikan PPSMI tersebut gagal memartabatkan semula kedudukan Bahasa Melayu.

“Saya bimbang dasar baru ini gagal…bahasa Melayu gagal jadi bahasa ilmu dan rakyat gagal menguasai (sabjek) Sains (dan) Matematik disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris sebenarnya.”

“Sepatutnya kerajaan mesti memperkasa teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sendiri, tidak perlu dasar baru ini jika pelajar benar-benar lemah bahasa Inggeris,” jelasnya.
Beliau juga mencadangkan kerajaan memberi insentif berupa elaun kepada guru yang mengajar Sains dan Matematik kelak.

“Kalau dulu boleh bagi elaun kepada guru-guru PPSMI, saya cadang bagi elaun dan jangan anak tiri guru-guru yang ajar sabjek Sains (dan) Matematik guna bahasa kebangsaan.”

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Penolong Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kayat. “Dasar baru itu saya lihat masih kabur, tidak ada suatu jaminan bahawa sistem pendidikan negara akan kembali seperti biasa, (iaitu) menggunakan bahasa kebangsaan,” jelasnya. Ujarnya, keputusan kerajaan memperkenalkan MBMBI dilihat tergesa-gesa, sama seperti melaksanakan PPSMI enam tahun dahulu.”

Jelasnya lagi, GMP yang merupakan pertubuhan paling lantang mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI sebelum ini turut tidak diajak berbincang tentang dasar baru tersebut, walaupun keanggotaannya terdiri oleh beberapa tokoh bahasa dan sasterawan.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, GMP akan mengadakan mesyuarat khusus demi meneliti dasar MBMBI tersebut.

Semalam, Muhyiddin berjanji bahawa dasar MBMBI tidak akan mengetepikan penggunaan bahasa Inggeris, walaupun PPSMi dimansuhkan kelak.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia menyeru rakyat supaya terus menguasai bahasa Melayu.

Monday, November 9, 2009

Bai’ah Baru cabaran kepada guru besar dan pengetua

Secara amnya, bagi Belanjawan 2010 meletakkan harapan penting kepada kepemimpinan sekolah yang terdiri dari pengetua dan guru besar. Soal kecemerlangan disandarkan kepada mereka mahupun arah tuju sekolah.

Jadi pengiktirafan berasaskan prestasi kepemimpinan diambil perhatian oleh kerajaan bagi belanjawan kali ini.

Jika dahulu pengiktirafan kepada guru besar dan pengetua hanya menyentuh soal pangkat, gred dan tangga gaji namun kali ini kerajaan melihat ada keperluan kesemua guru besar dan pengetua dinilai secara holistik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

BaiƔh Baru atau New Deals menjadi cabaran buat pengetua dan guru besar bagi mempersiapkan diri bagi benar-benar kompeten dalam menguruskan sekolah kerajaan.

Makluman

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan 2010 Tidak Diiklankan

Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009.

Sekian.

Bahagian Pendidikan Guru

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=413

Thursday, November 5, 2009

"Moses Miracle" di Korea

Suatu kejadian alam yang sama sekali tidak ada kaitannya dengan kisah Moses (Musa), the Ten Commandments dalam buku Exodus-Holy Bible.Hanya,..... kira-kira mirip.

Ini adalah fenomena alam yang paling mengagumkan di Korea Selatan yang dinamakan "Moses Miracle", dua kali setahun terjadi air surut, terbuka suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau Jindo dan Modo selama beberapa jam.

Suatu festival diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri orang-orang dari segala penjuru dunia ini. Bagaimanapun kejadian alam ini belum begitu diketahui sampai tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung kemari dan menghebahkannya di surat kabar Perancis.

Wednesday, October 7, 2009

Guru saman pengetua RM228,000

KUANTAN - Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada semalam, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 November ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan pernyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Februari 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/

Cara Melajukan Capaian Internet Anda

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutaman ya yangberwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda.

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Sunday, September 20, 2009

Thursday, September 17, 2009

Cuti Khas

Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.

YAB Menteri Pelajaran MalaysiaPutrajaya,
16 September 2009

Monday, August 31, 2009

Saturday, August 29, 2009

Bukan Senang Nak Jadi Pengetua

Sekolah sebagai sebuah 'learning organization' mempunyai tanggungjawab, misi dan visi serta matlamat dan halatuju, pada jangka panjangnya melahirkan manusia yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi, bersahsiah unggul dan mulia, berkemahiran, menyelesaikan masalah, serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara di peringkat local atau pun global, perlukan seorang pemimpin pendidikan yang mampu melaksanakan tugas-tugas berat ini dengan penuh semangat dan daya juang yang tinggi tanpa mengira masa dan waktu.

Di sekolah Pengetua dianggap seorang pemimpin kurikulum, pengurusan pejabat, hubungan manusia dan pembuat keputusan yang amat penting bagi menentukan kemajuan dan kecemerlangan anak didik dan organisasi sentiasa competent dan relevan dengan situasi dan isu-isu semasa. Sayangnya tidak ramai pengetua (yang saya temui) memiliki ciri-ciri dan personaliti dan watak yang diperlukan sebagai seorang pemimpin pendidikan yang berkesan di peringkat sekolah. Dari itu maka wujudlah keadaan di mana seolah-olah pengetua lemah dan tidak berkesan dalam banyak hal walaupun dalam aspek-aspek teras kepimpinan kurikulum. Jadi tidak hairanlah berlaku situasi di mana terdapat pengetua yang menunjukkan ciri-ciri kelemahan seperti berikut:
  • Tidak berani mengadakan Mesyuarat Guru kerana tidak berkeupayaan memberi penjelasan terhadap isu-isu sensitif yang ditimbulkan
  • Tidak ada kebolehan memotivasikan guru-guru (termasuk kakitangan bukan guru) yang rendah prestasi, yang bermasalah, dan menjadi 'jelatang' kepada organisasi dan komuniti setempat.
  • Tidak ada misi dan visi atau wawasan, setiap orang bebas melakukan apa yang disukainya (salah faham kepada konsep demokrasi dan lassiez-faire).
  • Tidak mampu menggerak dan memastikan semua guru dan penolong-penolong kanan melakukan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan.
  • Tidak ada kebolehan membimbing semua guru dari segi tunjuk ajar, garispanduan, hierarki tugas, sistem dan prosedur yang patut diikuti semua.

  • Tidak tegas, tidak assertive, tidak konsisten, tidak telus dan tidak mematuhi keputusan yang telah diambil dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui.
  • Kebanyakannya mengamalkan konsep 'mengharap' tetapi tidak 'menggarap' supaya sesuatu perkara benar-benar dihayati dan diamalkan oleh setiap warga sekolah kepada satu tahap yang maksimum.

Setelah berkhidmat di tujuh buah sekolah menengah , saya cukup yakin dengan apa yang telah saya lihat, lalui dan alami, perbaiki dan perbetulkan serta yang saya fikirkan, bahawa seseorang Pengetua tidaklah semudah seperti yang disangka oleh kebanyakan orang. Saya temui ramai Pengetua yang 'bergaya' sebenarnya tidak 'berdaya', 'cakap tak serupa bikin', bernafsu besar dan bercita-cita tinggi tetapi sebenarnya 'tidak bertenaga', memanupulasi pengaruh dan kedudukan dan bukan sedikit pula yang 'lebihkan kerja luar' daripada memimpin guru-guru dan anak didik di sekolah.

Saya juga banyak menerima maklumat mengenai senario dan tingkah-laku yang tidak wajar berlaku di sekolah-sekolah terutama soal prinsip dan peraturan, soal allocated time dan enganged time yang sebenarnya dan sepatutnya menjadi prioriti pertama dan utama seseorang pengetua dalam aspek kepemimpinan kurikulum.

Tujuan utama saya ialah bagi menyedarkan semua guru bahawa menjadi guru bukan setakat masuk kelas mengajar (bagaimana pula yang tak masuk mengajar?) tetapi lebih daripada itu...yakni mengajar sebagai satu ibadah! Guru-guru hendaklah faham prinsip berikut:

  • Bukan kepada SIAPA betul tetapi kepada APA yang betul
  • Perubahan bukan semata-mata kerana hendak berubah tetapi kepada
    MENGAPA perlu berubah dan APA yang perlu diubah
  • Mengutamakan dan meletakkan konsep KITA (teamwork) mengatasi
    pemikiran AKU (egoistic and individualistic)
  • "Walk My Talk'...cakap serupa bikin bukan kata-kata rhetoric tanpa bukti
    yang nyata terperi
  • Menganggap apa jua penghalang sebagai satu 'challenge' yang perlu ditangani secara objektif dan penuh profesionalisme serta penuh hikmah dan bijaksana

Kepimpinan berkesan bukan dasarkan kedudukan (position) atau pangkat (rank) tetapi apa yang kita boleh buat (competency), kebolehan membezakan antara emotional dan professional, antara individual dan organizational, antara illusi dan realiti.

Saturday, August 22, 2009

Sunday, August 16, 2009

Malaysia sangat lembab dalam isu H1N1

August 2nd, 2009

oleh Ibnuyaacob, Abd Aziz Atiqullah & Arman

Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.

Utusan Meloya dan Berita Hairan tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.

Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand. Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.

Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.

Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.

Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.

Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.

Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?

http://ibnuyaacob.com/

Tuesday, August 4, 2009

Doa untuk wabak/ penyakit menular

Doa untuk diamalkan dalam usaha untuk mengelak dari wabak / wabak penyakit seperti H1N1 yang melanda sekarang.


Saturday, July 18, 2009

Pengetua...oh..Pengetua...

Saudara saudari serta sahabat seperjuangan yang menjadi penjenguk setia kepada blog saya ini, dengan berakhirnya isu permansuhan PPSMI baru-baru ini, saya akan cuba memfokuskan pula posting saya kepada satu lagi topik yang tidak kurang hangatnya dikalangan masyarakat umumnya dan kaum guru khususnya. Topik yang saya maksudkan tersebut ialah mengenai pengetua dan gaya kepemimpinan mereka di sekolah-sekolah.

Saudara saudari dialu-alukan untuk memberi sebarang komen, pandangan atau kongsi sedikit pengalaman sendiri mengenainya. Bukan lah tujuan saya untuk menjatuhkan atau memalukan mana-mana pengetua samada yang masih berkhidmat, sudah pencen atau yang telah meninggal dunia.

Anggaplah apa-apa posting yg diketengahkan atau yg dipaparkan di blog ini nanti, sebagai panduan atau teladan kepada kita semua dalam mengharungi arus pendidikan di Malaysia yg semakin kompleks dan mencabar. Tidak kira samada kita ini bercita-cita untuk menjadi pengetua atau bakal dilantik suatu hari nanti. Sekurang-kurangnya, ini boleh membantu saudara saudari memahami isi hati dan perasaan rakan seperjuangan bila sudah berlabel sebagai pengetua suatu hari nanti.

Perilaku kepincangan kepimpinan pengetua

Fakta ini adalah berasaskan kajian yang dilakukan oleh penyelidik USM yang menfokuskan kepada kepemimpinan pengetua. Kepincangan yang berlaku ini adalah disebabkan wujudnya tindak-tanduk pengetua yang merupakan pemimpin utama sekolah. Semua fakta yang diketengahkan adalah merupakan ringkasan beberapa penanda aras perilaku yang memberikan tekanan kepada guru yang juga subordinat.

Tahap Awal

Melibatkan kepincangan laku kepimpinan yang tidak nyata tetapi tidak disenangi oleh kakitangan bawahannya iaitu menyinggung perasaan guru.

Tidak menghiraukan perasaan guru-guru

Amalan kepimpinan autokratik dan autonomi lebih gemar diamalkan oleh pengetua tanpa ada sikap toleransi terhadap guru. Rentetan daripada sikap tersebut, perasaan dan keperluan guru tidak dipedulikan dan menjadi kongkongan kepada kreativiti guru.

Pengetua tidak mengabaikan kebajikan guru sehingga menjadikan guru-guru tertekan dengan sikap pengetua. Ini tidak berkurangan, malah pengetua kurang mengamalkan kemahiran komunikasi yang berkesan terutamanya ketika memberi arahan dan teguran.

Pengetua kurang berkemahiran mengawalselia kewangan sekolah menyebabkan sekolah cantik tetapi kemajuan akademik terabai.

Memulaukan guru-guru

Selain tidak sensitif terhadap perasaan guru, pengetua bertindak tidak profesional dengan memulaukan dan melabel guru yang tidak disukai sehingga guru tersebut tidak selesa atau malu. Tindakan pengetua ini bukan sahaja secara individu malah turut mempengaruhi guru-guru lain untuk memulaukan guru tersebut.Pemulauan ini tidak terhad semasa sesi mesyuarat tetapi dalam urusan pentadbiran seperti wujud ketidaktelusan pengaliran maklumat dalam sekolah, tidak mendapat sokongan atau pujian atas usaha yang mengharumkan nama sekolah dan menyekat peluang perkembangan guru tersebut.

Bersikap bias terhadap sesetengah guru

Sikap pilih kasih yang keterlaluan turut memaparkan kepincangan laku kepimpinan di kalangan pengetua. Pengetua dikatakan mempunyai kumpulan-kumpulan elit yang disukai sentiasa berada dalam kumpulan pentadbiran. Kumpulan ini akan mendapat kelebihan dan menjadi orang kepercayaan pengetua. Sebagai anak emas pengetua, kumpulan ini akan menyokong keputusan pengetua tanpa sebarang bantahan. Ganjarannya adalah sentiasa mendapat keistimewaan, dilindungi pengetua, markah penilaian prestasi yang tinggi dan peluang kenaikan pangkat. Namun kumpulan ini akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan pengetua. Mangsa keadaan adalah kumpulan yang tidak disukai oleh pengetua di mana mendapat bebanan pembahagian tugas yang tidak setimpal dan tidak adil. Apabila perkara ini disuarakan, guru akan ditukarkan ke sekolah lain tanpa sebab yang jelas dan munasabah.

Sikap diri yang menjelekkan

Pengetua tidak menjadi ‘role model’ atau menjadi contoh yang baik kepada guru, staf bawahan dan pelajar. Pengetua suka mencari publisiti murahan dengan mengambil tindakan yang tidak munasabah. Bertindak sebagai diktator walaupun mengaku dirinya bersikap demokratik terutama dalam mesyuarat. Pengetua telah ada ‘pre set decision’ sebelum mesyuarat diadakan. Walaupun terdapat cadangan yang dikemukakan, beliau mengekalkan keputusan yang telah diputuskan sebelum mesyuarat dan mesyuarat mengesahkan keputusan tersebut. Sikap pengetua yang menganggap dirinya tahu segala-galanya dengan tindakan seperti seorang kaunselor atau wakil presiden dalam organisasi serta berbohong dengan menabur janji-janji yang tidak mampu ditunaikan. Sebenarnya, pengetua lebih mengharapkan laporan penolong kanan dan guru kanan berkaitan masalah kakitangan sekolah. Pengetua juga kurang bijak dalam memilih pendekatan untuk menguruskan disiplin sekolah. Kesannya, masalah disiplin semakin meningkat dan tidak terkawal.

Bersambung....

http://cikgumalaysia.com/

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI Akhirnya Dimansuh

Akhirnya pembelajaran Sains dan Matemetik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, demikian diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin jam 2.35 petang tadi. Pemansuhan itu akan berkuat kuasa 2012.

Sunday, June 7, 2009

Bank Negara Malaysia

Adakah kita dijajah Yahudi? Mari kita lihat undang-undang di bawah:

Akta Bank Negara Malaysia 1958

Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan) . Rahsia dikuatkan dengan undang-undang rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti dan tidak pemilikan saham melebihi 51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal bayar? Adakah ianya bermaksud kerajaan membankrupkan kerajaan sendiri?

(e) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita.

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang membuktikan Bank Negara Malaysia adalah bukan badan kerajaan, termasuklah peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds.

Ini selanjutnya disokong lambang Bank Negara yang kononnya difahamkan sebagai gambar kijang. Persoalannya ialah adakah mana-mana rusa berekor panjang? Binatang dengan bentuk yang seperti rusa dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai Pharoah Hound (buat carian Google Imej: Pharoah Hound +Pyramid, kijang dan Logo Bank Negara).

Maklumat, gambar dan video boleh ditonton di halaman:

http://muslimvillag e.wordpress. com/

Tuesday, June 2, 2009

Pandangan Dari Seorang Produk PPSMI

Salam...pada 12 Mac yang lepas, rakan-rakan yang muda setahun daripada saya telahpun menerima apa yang mereka usahakan selama 2 tahun ketika di bangku sekolah menengah mereka. Keputusan yang pelbagai mengikut individu mencerminkan usaha masing-masing. Namun bukan itu yang saya ingin bawakan dalam tulisan kali ini.

Suatu perbincangan yang tidak formal telah berlaku antara saya dan pensyarah CiTU sewaktu kelas Pemikiran dan Tamadun Islam tengah hari tadi. Sesuatu telah menarik perhatian saya, ianya lain dan tak bukan adalah isu PPSMI yang sememangnya menjadi suatu isu negara kini. Saya, adalah hasil keluaran pertama daripada penerapan sistem ini yang bermula pada tahun 2003. Bagi diri saya, ia bukanlah satu masalah yang besar, kerana Alhamdulillah, tuhan telah memberikan saya kefahaman yang cepat dalam memahami Bahasa Inggeris. Tapi bagaimana pula yang tidak?

Produk Hasilan PPSMI


Hasil 12 Mac tempoh hari boleh dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh mana sistem ini berjaya mengubah corak pemikiran pelajar Melayu khususnya tentang Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Ya, saya sudah membaca blog Tun Mahathir berkenaan visi dan misi beliau dan mengapa beliau ingin anak-anak tempatan ini mampu memahami ilmu Sains dan Matematik dalam konteks dan istilah Bahasa Inggeris.

Jawapannya mudah, bolehlah saya ringkaskan di sini ia adalah supaya suatu hari nanti di mana sudah ramai anak-anak tempatan yang betul-betul faham ilmu ini dapat menterjemah ilmu tersebut dalam Bahasa Kebangsaan. Tapi suatu hari itu bila? Itu bagi saya adalah kesan positif yang akan kita kecap dalam jangka masa yang panjang.

Mari kita tengok kesan dan hasil jangka pendeknya. Peratusan menceritakan kepada kita bahawa bilangan pelajar yang menjawab kertas soalan SPM dalam Bahasa Inggeris meningkat saban tahun. Jikalau kita bertanya kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM yang lepas, adakah mereka menjawab dalam kertas soalan itu Bahasa Kebangsaan, sudah pasti saya beri jaminan mereka akan menjawab TIDAK.


Mari kita lihat pula mengapa TIDAK, dalam situasi sekarang, apabila sudah wujud satu generasi yang semacam saya (baca: generasi penuh PPSMI) maka secara tidak langsungnya Bahasa Melayu itu sudah hilang statusnya sebagai bahasa pengantara ilmu di institusi ilmu, walaupun subjek Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya masih diajar dalam Bahasa Melayu namun dalam subjek-subjek kritikal misalnya (baca: subjek elektif) Bahasa Melayu sudah tidak ada peranannya lagi, cuma ia akan berlaku atas inisiatif guru yang mahu menjelaskan apa maksud istilah tertentu dalam Bahasa Melayu.


Mengapa pelajar yang saya sebutkan tadi menjawab dalam Bahasa Inggeris? Ini kerana, dalam Bahasa Melayu tidak ada langsung istilah yang pelajar tadi faham dan dirasakan sesuai untuk menerangkan sesuatu situasi. Jika dan hanya jika pelajar tadi menjawab dalam Bahasa Melayu, mungkin dia tidak akan memperoleh markah penuh bagi sesuatu soalan (baca: ditanda oleh pemeriksa). Perkara ini berbeza pula dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang mana mereka telah diajar untuk memahami sesuatu keadaan atau situasi (baca: subjek Sains dan Matematik) dalam bahasa tersebut, jadi secara tidak langsung fikiran mereka akan dapat mencari satu istilah yang lebih sesuai dan tepat untuk menerangkan sesuatu situasi tersebut.


Tanyalah pada saya atau pelajar-pelajar yang sudah menjadi generasi penuh perlaksanaan PPSMI. Bolehkah kami memberikan maksud istilah-istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?


Cuba tanyakan maksud istilah, Convex Lens, Concave Lens dan Total Internal Reflection dalam Bahasa Melayu.


Atau mungkin cuba tanyakan istilah Simple Harmonic Motion atau mugkin tolong tanyakan istilah Equipartition of Energies kepada mereka. Bolehkah anda peroleh maksudnya?


Jepun dan Bahasanya


Saya mempelajari Bahasa Jepun lebih dari 3 tahun lamanya ketika di MCKK, ketika itu bahasa tersebut menjadi bahasa ketiga saya selepas daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mengenali Bahasa Jepun, memberikan saya satu pandangan mengapa bangsa Jepun itu sendiri berjaya seperti hari ini setelah mengalami beberapa revolusi di samping budaya orangnya yang sentiasa bersemangat setiap hari.


Boleh saya katakan Bahasa Jepun yang sangat dinamik dan mesra ilmu ini mempunyai banyak kata pinjaman tertutamanya dalam konteks ilmu Sains dan Matematik. Karakter tulisan Katakana adalah satu tulisan yang banyak menjadi alat untuk mengubah sesuatu istilah bahasa lain ke dalam bahasa Jepun. Contohnya perkataan Supermarket dalam Bahasa Inggeris telah di”Jepun”kan dan menjadi su-pa-ma-ket-to dan Play Station telah diubah menjadi pu-ra-sta-i-syo-n. Kalau anda pernah menonton filem-filem Jepun pasti anda akan terjumpa istilah-istilah pinjaman ini. (baca: sekadar beberapa contoh, terdapat banyak lagi terutamanya dalam istilah ilmu)


Jadi, di sini kita boleh melihat betapa anjalnya Bahasa Jepun yang mampu berubah mengikut keperluan rakyatnya dan ilmu itu sendiri.


Faktor Parti Pembangkang


Media Massa kini yang rata-ratanya dibayangi oleh kerajaan selalu memaparkan maklumat-maklumat yang kadangkala mengelirukan masyarakat. Perkara sebenar tentang perarakan PPSMI itu sebenarnya bagi yang betul-betul mengikuti perkembangannya bukanlah didalangi parti-parti politik. Jauh sekali bersifat partisan. Parti-parti politik itu muncul hanya pada akhir-akhir fasa perarakan tempoh hari. Ini perlu diperbetulkan agar masyarakat tidak terkeliru, inilah akibatnya jika hanya mahu mengejar kuasa dan kedudukan tanpa membumikan perjuangan rakyat yang hak.

Saya sendiri masih belajar dalam bidang kejuruteraan yang secara besarnya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai modus pengajarannya. Namun, apa kuasa saya untuk mengubah. Tetapi harapan saya dengan tertulisnya artikel ini, maka dapatlah menggerakkan minda rakyat agar boleh berfikir tentang isu ini dari segi aspek yang berlainan.

Perlaksanaan PPSMI mempunyai baik dan buruknya, mungkin perlu dirombak sistemnya agar lebih menguntungkan bahasa kita sendiri di masa hadapan. Bagus untuk menjadi bangsa yang mempunyai bahasa yang berstatus ilmu seperti bahasa ini pada satu ketika dahulu (baca: Melaka), namun kegopohan kita kadangkala memberikan kesan jangka panjang yang pasti susah untuk diubah kelak.

Wallahu'alam.
Posted by ba'ang
http://tukangtaip76.blogspot.com/2009/03/ppsmi.html

Sunday, May 17, 2009

Teladan dari kisah Mustafa Kamal Ataturk

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara .

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Saturday, May 16, 2009

Friday, May 15, 2009

Nilai Sebuah Pekerjaan

"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R.Covey - pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa.Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma" , saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kenaberdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar,anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain,

ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?

Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya?

Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya;
  • Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.

  • Maafkan saya,hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah , walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum . Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk.

Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur .

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah!

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya.

Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind".

Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor
perubatan , jurutera dsb.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya?

Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ' CEO ' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kita zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Thursday, May 7, 2009

Renungan

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 Maksudnya:

Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalaisolatnya dan orang-orang yang riak.

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak.

Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimanakehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenal pasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untukmencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1.Riak dari segi badanRiak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya keranaberpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2.Riak pada pakaianSeseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkanhakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentukerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitumalah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapimengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar danikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya sepertiseorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dandalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkataseperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnyasunyi dan kosong.

4- Riak pada amalanOrang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengajamemanjang-manjangka n rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orangseperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikanfardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan danke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirianamalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalanlaju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1.Riak AkbarRiak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapiuntuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk berolehkeredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah padakeseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yangada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allahdan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripadariak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepadamanusia pada satu segi yang lain.


3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat.Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yangboleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;

1- Sifat suka dipuji oleh orang lain.Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan sukamenunjuk-nunjukkele bihan kepada orang lain.

2- Takut dikritik ata u dicercaoleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurangjujur dan suka berpura-pura

3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.Seseorang itu melakukan segala pekerjaanadalah semata-mata kerana untukmenarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkanAllah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadatkhusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiatini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkarayang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhiratkelak.

3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahalaamalan yang dilakukan akibat riak.

4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu keranamanusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yangburuk dan patut dijauhkan.

5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yangdikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.


6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya.

Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri,namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorongdan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam

Sunday, April 19, 2009

Tugas Utama Muhyiddin Yassin Selesaikan Isu PPSMI

Oleh : Mohd Sayuti Omar

TENTUNYA para pencinta dan perjuang Bahasa Melayu menarik nafas lega dengan perlantikan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pelajaran.

Pertukaran peneraju kementerian itu seolah memberi setitik cahaya harapan kepada para pejuang dan pencinta bahasa Melayu yang keresahan dan kecewa mengenai perlaksanaan PPSMI dewasa ini.

Walaupun Muhyiddin akan meneruskan dasar pendidikan yang dilaksanakan dibawa menteri sebelum ini sekurang-kurangnya perlantikan Muhyiddin itu membuka sedikit ruang, masih ada perluang untuk berbuat sesuatu yang lebih baik dan pratikal.

Para pencinta bahasa, tentu sekali termasuk Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan merasakan mereka ada harapan baru bagi mencapai hasrat mereka yang disalurkan menerusi berbagai mekanisme itu. Mereka berharap menteri baru itu akan memberi respon kepada usaha mereka selama ini, untuk memansuhkan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Metamaetik (PPSMI) yang belum kesudahan itu.

Isu itu seakan tersekat dan para aktivis GMP pun seperti berihat sekejap untuk melihat sikap dan aksi menteri pelajaran baru berkenaan.

Sehingga kini GMP tidak berbuat apa-apa dengan menteri baru itu, belum mengulas dan menilai ke manakah arah dan bagaimanakah penerimaanya mengenai bahasa Melayu. Buat masa ini mereka hanya menebar harapan dari jauh saja. Belum ada risikan dan cadangan untuk mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berhubung isu itu.

Sebelum perhimpunan agung Umno bulan lalu dan penyusunan semula kabinet seminggu lalu, orang utama GMP juga ada berjumpa dengan Hishamuddin Hussein. Perjumpaan itu tidak memberi apa-apa bekas melainkan dua orang wakil GMP itu dapat mengecapi bagaimananya pahitnya kopi di pejabat menteri berkenaan. Itu saja.

Diketahui hasilnya tidak begitu lumayan. Cuma visual di tv menunjukkan dua wakil GMP, Dr Hassan Ahmad dan A Samad Said yang sedia ditemui Hishamuddin berjalan seiringan sambil gelak-gelak besar seolah mereka lucu menceritakan kisah semasa sama-sama berkahtan di masa kecil lalu.

GMP pun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi seleps itu dan sesudah Muhyiddin dilantik, juga tidak ada apa-apa kenyataan baik mengalu ataupun sebaliknya. Kalau pun ada imbalasan lisan secara peribadi oleh individu tertentu saja.

Apakah GMP juga memberi ruang untuk Muhyiddin bernafas dan menyelesakan dulu punggungnya di kerusi barunya itu baru mereka berfikir untuk berbuat sesuatu?

Ada kuhliahnya juga kalau kedua pihak; GMP dan menteri mengambil seidikit masa. Tetapi hendaknya jangan lama sangat. Nanti keduanya leka menyebabkan pejuangan GMP itu akan terhenti di situ sahaja.

Sebenarnya harapan besar diletakkan di bahu Muhyiddin. Sebagai seorang Melayu dan menteri berpengalaman dan matang berbanding Hihsmuddin, Muhyiddin akan melihat perkara ini secara keseluruhannya.

Kalau Muhyiddin juga injgin memprtahankannya beliau tidak akan memberi alasan digunakan Hishamuddin itu, kerana ianya telah menelan belanja berbillion ringgit.

Kalau Muhyiddin bersetuju agar ia diteruskan Muhyiddin kena yakinkan bahawa dasar itu baik dan ia tidak akan menelan dan mencemar kedudukan dan kesucian bahasa Melayu? Beliau kena uraikan kebimbangan para pencinta bahasa Melayu dan mengatasi segera kesan daripada PPSMI yang menimpa murid di luar bandar itu.

Sebaiknya, agenda tranformasi yang hendak dilakukan Umno dalam memperkasakan dan mendapat balik kepecayaan orang Melayu terhadap Umno, Umno hendaklah mengutamakan menyelesaikan isu PPSMI ini.

Umno harus bijak mengeksploitasikan isu ini.Sudah tentu kalau Muhyiddin sedia menimbangnya atau sanggup melupai soal RM5 billion yang dibelanjakana untuk PPSM seperti mana disebut Hihsmuddin, Umno akan dihormati semula oleh orang Melayu khasnya. Orang Melayu yang semakin hilang daya penarik (wow) akan menoleh semula kepada Umno.

Seeloknya juga sempena perubahan kepimpinan dan pembaharuan yang hendak dilaksanakan ini Muhyiddin mengambil kesempatan atasnya. Kalau ada pihak dalam Umno yang tidak setuju Muhyiddin boleh jadikan sebagai alasan sempena perubahan itu sebagai alasannya.

Kalau ini dapat dilakukan setidak-tidaknya orang akan melihat bahawa Umno masih ada selera Melayu. Apalah yang hendak dirisaukan sangat dengan RM5 billion. Hishamuddin katanya menyebut soal perbelanjaan sebanyak RM5 billion itu berkali-kali membayangkan sebagai sebab kerajaan sukar untuk memansuhkan PPSMI.

Alasan dan usaha Hishmuddin untuk menyelamatkan wang itu bagus. Tetapi apakah beliau tidak tahu menilai berapakah kerugian berterusan ekoran PPSMI yang lebih banyak dari itu?

Bukan itu, yang sepatutnya dinilai oleh Muhyiddin. Apa yang perlu berikan perhatian ialah nilai bahasa Melayu lebih tinggi daripada RM5 billion itu. Tidak mengapa kita habiskan asalkan kedudukan bahsa Melayu tertegak dan berdaulat. Harga bahasa Melayu lebih mahal dari peruntukan untuk memulakan dasar kotor itu.

Ingat harga bahasa Melayu bukan RM5 billion, bukan RM10 billion, tetapi tidak ternilai. kerana di situlah terletaknya maruah bahasa dan bangsa Melayu. Tidak tahulah kalau Umno Baru telah menilai bahasa Melayu serendah itu. Mungkin juga kerana mereka tidak pernah merasai nikmat dan meluahkan cinta kepada bahasa Melayu kerana mereka membesar di luar lingkarannya.

Untuk menenangkan keadaan ini saya cadangkan Muhyiddin tidak melengah-lengahkan masa, kalau boleh panggil semua NGO yang memperjuanhgkan supaya PPSMI dimansuhkan, atau GMP untuk memulakan tindakan bagi menyelesaikan isu PPMSi ini.

Muhyiddin harus bertindak awal sebelum pencinta dan pejuang bahasa melebelkan dirinya sebagai anti Melayu dan membidasnya seperti mana diterima oleh Hishmuddin. Penyamaan Muhyiddin dengan Hishamuddin ada sesuatu yang amat malang kepada timbalan perdana menteri baru itu.

Dan paling menyesalkan jangan kerana dasar itu diilhamkan oleh Mahathir Mohamad menyebabkan Muhyiddin takut untuk memansuhkan kerana bimbang dikrtikkan Mahathir?Atau malu alah kerana Mahathir telah menyokongnya untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, Dalam soal hak dan membela kepentingan bangsa dan negara Muhyiddin tidak perlu takut kepada sesiapa baik Mahathir maupun perdana menteri sendiri.

Friday, April 3, 2009

Najib PM ke 6

1- Bebaskan 13 tahanan ISA
2- Kaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri
3- Tarik balik larangan Harakah, Suara Keadilan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri semalam, memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, pembebasan tahanan ISA dan penarikan larangan penerbitan akhbar parti pembangkang yang digantung permitnya bulan lalu itu bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa.

Tiga belas tahanan ISA yang dibebaskan itu ialah tujuh anggota Darul Islam Sabah iaitu Pakana Selama, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar.

Turut dibebaskan dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), iaitu R Kenghadharan dan V Ganabatirau. Seorang lagi ialah anggota Jemaah Islamiah (JI), Wan Amin Wan Hamat.

Tiga lagi yang dibebaskan ialah warga asing yang ditahan atas kesalahan memalsukan dokumen keselamatan, Sundaraj Vijay dari India dan dua rakyat Myanmar, Amir Hussain serta San Khaing.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya akan membawa pembaharuan bagi menempa satu zaman baru demi menjelmakan kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

"Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tiada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.

"Kita juga akan merapatkan hubungan rakyat dan kerajaan bagi mengelak masyarakat dikelirukan atau diperdaya oleh permainan muslihat politik," katanya.

Sambil mengajak seluruh rakyat untuk bersama melaksanakan transformasi besar berteraskan semangat 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' Najib berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat bagi membela nasib rakyat.

"Dalam situasi penuh mencabar ini, saya komited untuk memastikan kepemimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia," katanya.


Perdana Menteri mahu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan iktibar dengan pengajaran masa lalu berhasrat meneruskan agenda besar kerajaan membasmi kemiskinan, menstruktur semula masyarakat, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, serta meniupkan semangat generasi baru untuk berkhidmat kepada negara.

Najib berkata, dalam waktu terdekat ini, beliau akan bertukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.

Katanya, beliau akan mengambil inspirasi daripada dorongan Allahyarham bapanya untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya serta mengajak seluruh rakyat Malaysia memulakan satu langkah perjalanan hebat untuk negara.

Thursday, April 2, 2009

Agong Beri Perkenan Kepada Najib

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan ahri ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Berita Mutakhir dari Harian Metro Online

Sunday, March 22, 2009

PPSMI dari kacamata pengasasnya TDM ll

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2

By Dr. Mahathir Mohamad on March 20, 2009 6:45 PM
1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.