Thursday, November 26, 2009

Wednesday, November 25, 2009

MBMBI Ganti PPSMI Sesuatu Yang Janggal

Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid pagi tadi menganggap keputusan kabinet memperkenalkan pelan Memertabat Bahasa Melayu Dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMBI) sebagai sesuatu yang janggal.

Anggapan tersebut sebagai respon pada pengumuman Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bagi mengantikan pelan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Walaupun pelan penggantian ini (MBMBI) bermula 2011, setahun lebih awal, saya masih melihat ianya janggal.”

“Sepatutnya kebinet mansuhkan terus PPSMI dan kembalikan sistem pendidikan negara pada sistem yang asal.”

Beliau juga berpendapat bahawa kabinet seharusnya berusaha untuk memperkukuh semula bahasa kebangsaan.

“Sepatutnya kerajaan perlu memperkukuh semula Bahasa Melayu (atau) Bahasa Kebangsaan dalam semua hal pentadbiran dan pendidikan,” ujarnya.

“Tumpuan itu (memperkukuh bahasa Melayu) itu lebih mendesak…bila PPSMI dilaksanakan sejak 6 tahun lalu, proses kemandulan bahasa (Melayu) berlaku.”

Ujarnya lagi, kerajaan juga dilihat tidak serius memartabatkan bahasa Melayu.
Beliau juga melahirkan kebimbangan, jika dasar MBMBI yang menggantikan PPSMI tersebut gagal memartabatkan semula kedudukan Bahasa Melayu.

“Saya bimbang dasar baru ini gagal…bahasa Melayu gagal jadi bahasa ilmu dan rakyat gagal menguasai (sabjek) Sains (dan) Matematik disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris sebenarnya.”

“Sepatutnya kerajaan mesti memperkasa teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sendiri, tidak perlu dasar baru ini jika pelajar benar-benar lemah bahasa Inggeris,” jelasnya.
Beliau juga mencadangkan kerajaan memberi insentif berupa elaun kepada guru yang mengajar Sains dan Matematik kelak.

“Kalau dulu boleh bagi elaun kepada guru-guru PPSMI, saya cadang bagi elaun dan jangan anak tiri guru-guru yang ajar sabjek Sains (dan) Matematik guna bahasa kebangsaan.”

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Penolong Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kayat. “Dasar baru itu saya lihat masih kabur, tidak ada suatu jaminan bahawa sistem pendidikan negara akan kembali seperti biasa, (iaitu) menggunakan bahasa kebangsaan,” jelasnya. Ujarnya, keputusan kerajaan memperkenalkan MBMBI dilihat tergesa-gesa, sama seperti melaksanakan PPSMI enam tahun dahulu.”

Jelasnya lagi, GMP yang merupakan pertubuhan paling lantang mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI sebelum ini turut tidak diajak berbincang tentang dasar baru tersebut, walaupun keanggotaannya terdiri oleh beberapa tokoh bahasa dan sasterawan.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, GMP akan mengadakan mesyuarat khusus demi meneliti dasar MBMBI tersebut.

Semalam, Muhyiddin berjanji bahawa dasar MBMBI tidak akan mengetepikan penggunaan bahasa Inggeris, walaupun PPSMi dimansuhkan kelak.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia menyeru rakyat supaya terus menguasai bahasa Melayu.

Monday, November 9, 2009

Bai’ah Baru cabaran kepada guru besar dan pengetua

Secara amnya, bagi Belanjawan 2010 meletakkan harapan penting kepada kepemimpinan sekolah yang terdiri dari pengetua dan guru besar. Soal kecemerlangan disandarkan kepada mereka mahupun arah tuju sekolah.

Jadi pengiktirafan berasaskan prestasi kepemimpinan diambil perhatian oleh kerajaan bagi belanjawan kali ini.

Jika dahulu pengiktirafan kepada guru besar dan pengetua hanya menyentuh soal pangkat, gred dan tangga gaji namun kali ini kerajaan melihat ada keperluan kesemua guru besar dan pengetua dinilai secara holistik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

BaiƔh Baru atau New Deals menjadi cabaran buat pengetua dan guru besar bagi mempersiapkan diri bagi benar-benar kompeten dalam menguruskan sekolah kerajaan.

Makluman

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan 2010 Tidak Diiklankan

Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009.

Sekian.

Bahagian Pendidikan Guru

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=413

Thursday, November 5, 2009

"Moses Miracle" di Korea

Suatu kejadian alam yang sama sekali tidak ada kaitannya dengan kisah Moses (Musa), the Ten Commandments dalam buku Exodus-Holy Bible.Hanya,..... kira-kira mirip.

Ini adalah fenomena alam yang paling mengagumkan di Korea Selatan yang dinamakan "Moses Miracle", dua kali setahun terjadi air surut, terbuka suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau Jindo dan Modo selama beberapa jam.

Suatu festival diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri orang-orang dari segala penjuru dunia ini. Bagaimanapun kejadian alam ini belum begitu diketahui sampai tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung kemari dan menghebahkannya di surat kabar Perancis.