Wednesday, December 29, 2010

Bila Saman Jadi Bisness

Saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan kerana mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan.

Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Takwim Sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan03.01.201131.01.201121
Hari Persekolahan01.02.201128.02.201120
Hari Persekolahan01.03.201111.03.20119
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201120.03.20119
Hari Persekolahan21.03.201131.03.20119
Hari Persekolahan01.04.201130.04.201121
Hari Persekolahan01.05.201127.05.201120
Cuti Pertengahan Tahun28.05.201112.06.201116
IIHari Persekolahan13.06.201130.06.201114
Hari Persekolahan01.07.201131.07.201121
Hari Persekolahan01.08.201126.08.201120
Cuti Pertengahan Penggal ke II27.08.201104.09.20119
Hari Persekolahan05.09.201130.09.201120
Hari Persekolahan01.10.201131.10.201121
Hari Persekolahan01.11.201118.11.201114
Cuti Akhir Tahun19.11.201101.01.201244
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78

Monday, December 27, 2010

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?

Apakah maksud disebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada Rafie ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat Rafie yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Thursday, December 23, 2010

Pencapaian PMR yang terbaik

KUALA LUMPUR: Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun.

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd Adenan Deraman, berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lalu.

Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya.

Beliau berkata tiga sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah.

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lalu, katanya.

Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Saad, berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lalu.

Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lalu.

Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lalu.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abdidin, berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya.

"Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini, katanya.

Di KOTA BAHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A iaitu seramai 2,023 orang atau 6.76 peratus meningkat 1.86 peratus daripada tahun lalu iaitu seramai 1,510 calon atau 4.90 peratus.

Hussain berkata peningkatan pencapaian itu adalah peratus kecemerlangan tertinggi dicatatkan Kelantan dalam tempoh lima tahun. Seramai 36, 953 calon menduduki PMR di Kelantan tahun ini.

Di JOHOR BAHRU, seramai 3,575 calon daripada keseluruhan 53,082 calon PMR di negeri ini mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran, berkata secara keseluruhannya prestasi PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2007.

"Pencapaian keputusan cemerlang (semua A) meningkat sebanyak 267 orang (0.61 peratus) iaitu daripada 3,308 orang (6.12 peratus) pada tahun lalu kepada 3,575 orang (6.73 peratus), tahun ini," katanya.

Di PULAU PINANG, seramai 2,103 calon yang menduduki PMR berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran iaitu pencapaian 9A, 8A dan 7A berbanding sebanyak 1,971 pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Ibrahim Mohamad, berkata jumlah calon yang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 131 orang, 8A sebanyak 1,521 calon manakala pelajar yang memperoleh 7A adalah 450 calon.

Beliau berkata gred purata negeri meningkat kepada 2.70 pada tahun ini berbanding 2.72 pada tahun lalu.

Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Razak berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR adalah yang terbaik daripada perbandingan tiga tahun.

Beliau berkata pencapaian cemerlang (semua A) calon dalam PMR 2010 meningkat sebanyak 64 orang meningkat 0.62 peratus iaiatu 1,482 orang berbanding 1,418 pada tahun lalu.

Di KANGAR, seramai 333 calon atau 7.41 peratus daripada 4,494 calon PMR di Perlis mencatat A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Harun, berkata angka itu meningkat sebanyak 51 calon berbanding 282 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran tahun lalu manakala peratus pencapaian tahun lalu sebanyak 6.10 peratus.

Beliau berkata tujuh calon mencatat 7A, 258 orang memperoleh 8A dan 68 orang mendapat 9A.

Tiga sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau sama seperti pencapaian tahun lalu. - BERNAMA

Padan Muka Aku

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja bekerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua!

source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/12/padan-muka-aku.html

Monday, December 13, 2010

Kes Kenal Kawan Lelaki di Facebook, Seorang Guru Wanita kena tipu RM15000

Ini ada satu lagi cerita yang aku kurang gemar. Camanalah seorang guru boleh kena tipu dan rugi hampir RM15 ribu? Diulangi, RM15 ribu! Tu berapa lama kumpul agaknya. Dengan duit banyak tu, macam-macam boleh buat. Boleh beli kereta 2nd hand 2 bijik tuu..

KOTA BAHARU, 2 Dis (Bernama) — Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata,kejadian itu berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.

Selepas berkenalan beberapa minggu, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.

Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.

Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA,” katanya.

Mazlan berkata selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu.

Komen aku, benda-benda macam ni, kita kena alert. Tak kiralah kita ni siapa, perdana menteri ke, penjual sate ker, cikgu ke, doktor ke, dekan sekolah ke, penjual dvd haram ker, penjaga stor pasaraya ker atau sesiapa pun, bab-bab kena hulur duit dulu baru dapat barang, janganlah percaya. Kalau nak percaya gak, terus tanya pihak polis cawangan yang berdekatan, janganlah percaya bulat-bulat. Bila dah hulur duit ribu-ribu tu nanti, dah takde maknanya. Polis pun bukan senang nak tangkap pencuri moden sekarang. Semua IQ dan EQ pencuri ni ada yang tinggi-tinggi belaka. Malah, tak mustahil dikalangan pencuri dan penipu ada yang lulusan universiti. Jadi, sila berhati-hati. Lagi-lagi kalau kenal orang dari FACEBOOK ni. Sebab tu ada orang kata facebook ni melahirkan banyak penipu dan orang yang kena tipu. Salah seorangnya, cikgu pempuan nih..aduhai. Kan dah rugi 15 ribu, leh wat kenduri kawin tuu..gelang emas dah boleh dapat 15 gelang tu..7 kiri, 8 gelang kat kanan..

Lagi satu, bab-bab duit pound sterling ke, kan isytihar harta ker, kena gores dan menang ker atau apa-apa yang membuatkan korang kena bayar sejumlah wang sampai ratus-ratus atau ribu-ribu ringgit, sila abaikan atau pejamkan mata anda. Sejujurnya, anda mungkin sedang kena kencing oleh penjual-penjual yang berkaliber untuk menipu anda. Jadi, janganlah kena tipu lagi. Aku dah cukup kesian kalau dengar kes cikgu-cikgu kena tipu dalam benda-benda macam nih. Kesian tu..

Dan, selalunya yang kena tipu kat facebook ni orang pempuan. Kenal laki dari negara mana ntah. Yang ni dari Iraq kononnya. Tak tahu betul ke tak. Selalu dari Nigeria, China, Arab dan mana-mana lagi ntah. Sila abaikan kalau ada orang dari negara-negara tersebut tetiba nak peluk Islam tanpa sebab atau tetiba nak kawan rapat dengan korang. Takkan kat Malaysia nih tak ramai lagi lelaki yang boleh dijadikan suami atau sahabat atau kawan? Kenapalah tak tanya kawan atau keluarga tentang perkara ni. Sekurangnya, tidaklah kena tipu sampai tergadai ribu ringgit. Aduhai, benda dah jadi. Nak buat macam mana.

Ps: Agak-agak korang, dapat tak cikgu tu balik duit dia? Aku rasa, boleh dapat. Suruh pihak Bank hold akaun yang cikgu tu transfer dan check siapa punya akaun. Dari situ, boleh trace siapa yang terima duit tu. So, dari situ leh mintak balik duit RM15 ribu tu. Habis cerita..

http://ohcikgu.com/

Tuesday, December 7, 2010

Maher Zain Masuk Syurga, Sami Yusuf Ke Neraka?

Pintu kamar saya diketuk lewat petang kelmarin. Jarang pelajar menjengah saya senja-senja begini. Dua orang pelajar masuk. Saya berhenti menulis dan menatap wajah mereka.

"Bagaimana saya boleh tolong saudara berdua?"

Salah seorang sedikit tersipu-sipu tetapi memberanikan diri bertanya, "Dr minat Maher Zain?"

Saya tidak menjangkakan soalan ini sebetulnya. Saya berfikir sejenak kemudian menjawab, "Saya boleh layan lagu-lagunya."

Kemudian ada satu soalan yang diajukan lagi. "Is Maher Zain syiah Dr?"

Saya rasa macam mahu beri penampar dek soalan tersebut tetapi saya masih waras, saya pun menjawab, "I think he is Sunni. But does it really matter?

Seorang yang lain mencelah, "Saya sukalah dia Dr. Berbakat dan kacak."

Mata saya bundar. Sah-sah makan penampar budak ini.

"Dulu saya suka Sami Yusuf. Tapi sejak ada Maher Zain saya sudah beralih arah."

Pelajar yang bertanyakan saya apakah Maher Zain itu syiah tadi bertanya lagi soalan yang cetek. "Sami Yusuf, is he syiah Dr? He is Azerbaijani isnt he?"

Saya layankan juga soalan dangkal itu, "From what I know, Sami Yusuf is a British citizen. His parents are Azeris from Iran. If i am not mistaken he himself is a Tehrani by origin and birth. Yes, almost all Azeris are Shia. Sami Yusuf still keeps his Iranian citizenship along with his British citizenship. He also sings most songs in Farsi but since they are not sold in Arabic speaking countries so nobody knows about it. Sami Yusuf is syiah, but not Imamiyah. He is Sufi Syiah. Dah kenapa tanya soalan-soalan ini?"

Seorang pelajar bersuara, "Kami bertengkar tadi. Ada ustaz di tempat saya kata kalau dengar muzik Maher Zain okay. Sebab dia masuk syurga. Sami Yusuf tak bagus. Dia akan ke neraka."

Saya terkesima lama. Saya menarik nafas panjang. "Sami Yusuf and Maher Zain represent the new generation of hope and positive outlook on life in general. Sami Yusuf has given more money to Islamic charity than what most of us can earn in this whole life. Ask Allah if he's going to hell. I can't answer that. I am no one divine.

http://tehranifaisal.blogspot.com/

Saturday, November 20, 2010

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk

sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wednesday, November 17, 2010

Wednesday, October 20, 2010

RUMAH MUSLIM

Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.

Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.

Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.

Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:

1. Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik. Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada kematian baru nak cari orang.

Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.

(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).

2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit)

Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.

Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar . Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.

3. Jangan membina Rumah Megah

Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.

Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu" [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: "Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya" [HR Muslim]

Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:

"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat." [Hadis Riwayat Muslim]

4. Buatlah Rumah yang Baik

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung." [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.

5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.

Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.

6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.

Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah.

Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

"Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)

7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)

Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub." (Hadis Riwayat Muslim).

Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan. Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.

8. Rumah Harus Bersih

Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.

"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah.

9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil. Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]

10. Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940)

11. Peliharalah Anak Yatim

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.

"Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)

12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk

Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.

Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]

Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.

Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.

13. Majlis Doa selamat

Apabila rumah siap di bina Di anjurkan panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia.

Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.

Semoga bermanfaat ... Wallahu 'alam.

Thursday, September 9, 2010

Tuesday, September 7, 2010

Petua untuk keselamatan diri dan keluarga

Pemandu hendaklah membaca Ayat Qursi 3 kali sebelum kenderaan mula bergerak. Pastikan suasana di dalam kenderaan senyap daripada sebarang suara atau bunyi ketika membaca ayat tersebut.

Kemudian bacalah ayat di bawah. "Bismillahilladzi laa yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fis samaiwahuwassami'ul 'alim" , 1 kali.

بِـسْمِ اللهِ الـَّذِي لاَ يَضُرُّ مَـعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

(Maksudnya: Dengan nama Allah, tidak akan mendatangkan mudharat sesuatu di langit dan di bumi dan Dialah (Allah) bersifat maha mendengar lagi maha mengetahui.)

Kemudian bacalah ayat di bawah. " HasbunAllahu wa ni'mal wakiil, wala hawla wala quwwata illa billahil'aliyyil 'adzim", 1 kali.

حَسْبـُنَا اللهُ وَنِـعْمَ الوَكِيْلُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

(Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai penolong, dan sesungguhnya tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah yang bersifat maha tinggi lagi maha agung.)

Kemudian berdoalah: "Ya Allah, peliharalah perjalanananku (dan ahli keluargaku) ini daripada segala musibah, samada ke atas diriku mahupun ke atas kenderaanku ini. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemelihara".

Kemudian barulah masuk gear pertama (manual atau automatik). Seterusnya bacalah doa menaiki kenderaan seperti biasa dan mulakanlah perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi.

Doa dan harapan

Semoga musim perayaan tahun ini dan perjalanan kita sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t. dari segala musibah dan kecelakaan. Dan mudah-mudahan petua-petua di atas mendapat berkat daripada Allah s.w.t., dengan syarat kita benar-benar ikhlas memohon perlindunganNya. Jangan pula beranggapan apabila membaca dan mengamalkan petua-petua di atas, kita boleh memecut kereta macam di Formula One pula kerana beranggapan Allah s.w.t sudah tentu "melindungi" kita.

Selamat menyambut 1 Syawal 1431H

“Taqabbalallahu minna waminkum”

“Kullu ‘am wa antum bi khair”

MINAL A’IDEEN WAL FAAIZIIN

Tuesday, June 1, 2010

Hati-Hati Dengan Facebook

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing.

Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan. Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!” Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya. Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita. Cuba bayangkan! Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA.

Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya. Mengapa? Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri? Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri? – Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan. – Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan. – Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.

Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba. Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita. Kita marah bila orang mencungkil privacy kita. Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka? Facebook best! Face book nombor 1 sekarang !!! Memang betul. Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya. Dan ini juga adalah satu fakta: Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence. Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini. Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang? Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

http://albangi.wordpress.com/2010/04/05/facebook-belakang-tabir/

Saturday, May 15, 2010

Tujuh Keajaiban Dunia


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1 Piramid
2 Taj Mahal
3 Tembok Besar Cina
4 Menara Pisa
5 Kuil Angkor
6 Menara Eiffel
7 Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak." Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1 Dapat melihat,
2 Dapat mendengar,
3 Dapat menyentuh,
4 Dapat menyayangi,
5 Dapat merasakan,
6 Dapat tertawa,
7 Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini: Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa". Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

Friday, April 2, 2010

Saturday, March 27, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Air Cap Badak

Pernah minum air cap badak? Saya pernah juga masa kecil-kecil dulu tapi jarang sangat pasal arwah bapa saya pun bukan pemgamal air cap badak ni. Air cap badak dipercayai turun temurun oleh org kita boleh menyejukkan badan masa demam.

Sedikit antara kita yang mengambil tahu apa kandungan air cap badak ni, cuma dipercayai mengandungi ubat-ubatan dari China. Status halal haram tu, saya tak pasti pula samada air cap badak ni mempunyai logo halal JAKIM atau tidak.

Serbuan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu ke sebuah kilang memproses air penyejuk badan di Jerlum mendapati air yang didakwa boleh menyejukkan badan tersebut adalah 100% air paip dan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu. Ceh berapa ramai orang kita yang beli dan kemudian minum air paip.

Oleh kerana gambar jenama air tersebut diblurkan saya pun tak pasti jenama apa air penyejuk badan ni, sekali pandang macam air cap badak jer. Sekarang banyak produk yang mengeluarkan air penyejuk badan ni yang botolnya pun seakan-akan sama antara satu sama lain.

Saya faham kalau sesuatu kes itu belum dijatuhkan bersalah oleh mahkamah pihak media cetak tidak berani nak menunjukkan jenama sesuatu barang tu, mana tau tup-tup kes mahkamah diaorang menang tak pasal-pasal kena saman.

Namun begitu sepatutnya mereka berkongsi dengan orang ramai terutama produk yang berkaitan dengan ubat-ubatan dan status halal haram supaya masyarakat boleh berwaspada. Kalau produk tu dah haram tetapi pihak tertentu melambat-lambatkan, tidak berkongsi atau menyorok maklumat kepada orang Islam yang lain dan orang Islam lain memakannya sapa nak tanggung? Lu tanggung la yerk!

Tahniah kepada penguatkuasa dan badan NGO seperti PPIM yang semakin rajin membuat serbuan-serbuan ke kilang yang disyaki. Sampai ada yang kena kurung pun ada, hanya Allah saja yang membalas budi korang.

Kita sebagai pengguna pula mestilah prihatan berkaitan isu halal haram ni. Jadi darah daging kita dan anak-anak. Jangan lupa membuat laporan kepada pihak tertentu seperti PPIM apa yang tengah hot di sana ialah kisah kaki katak dalam mee groreng di kopitiam.

Friday, February 26, 2010

Thursday, February 25, 2010

Keputusan Peperiksaan


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Calon persendirian pula, katanya, akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Seramai 442,936 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran; calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan tertentu 16,019 (3.6 peratus); calon sekolah swasta 10,331 (2.3 peratus) dan calon persendirian 28,507 (6.5 peratus),” katanya.

Alimuddin berkata, sebanyak 3,939 pusat peperiksaan disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara. Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 November hingga 5 Disember 2008.

Bagi peperiksaan STAM pula, katanya, seramai 6,240 calon mendaftar untuk mendudukinya, dengan 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan; calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri 4,219 (67.6 peratus); calon sekolah agama rakyat dan swasta 788 (12.6 peratus) dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan menyebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Di samping itu, katanya calon boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM (JARAK) (Nombor kad pengenalan) dan hantar ke 39003.

Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Katanya, analisis pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 10 Mac jam 11.30 pagi di MPM.

Seramai 53,638 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian. –Bernama.