Wednesday, December 31, 2008

Pertembungan Antara Sains Moden Dengan Ilmu Wahyu

"Kisah benar dari seorang guru Biologi"

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Univer siti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan univer siti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang,
double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan s ayu r-s ayu ran yang berzat seperti s ayu ran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia .. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Mel ayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Kepada ibu bapa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita . Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Monday, December 29, 2008

Kenapa Sains dan Matematik Di Inggeriskan

Gobi, Cardiff, United Kingdom

Saya tertarik untuk mengulas isu ini yang walaupun telah lama di bangkitkan tetapi tampak semakin hangat kini. Membaca dan mendengar komentar daripada kedua-dua pihak, yang satu mengunjurkan keperluan bahasa Inggeris untuk kemodenan dan yang sebelah lagi melontarkan premis bahasa jiwa bangsa.

Saya percaya kedua-dua pihak mempunyai niat terbaik agar umat Melayu dan Malaysia maju jaya , jadi saya simpulkan ini adalah persefahaman pertama antara kedua-dua pihak. Persefahaman kedua yang saya dapat simpulkan daripada rentetan perdebatan lantang di media ialah betapa pentingnya bahasa Inggeris sebagai lingua franca kini dan juga bahasa Melayu sebagai lidah rasmi negara.

Persefahaman terakhir yang saya dapat noktahkan, ialah betapa pentingnya kefahaman dalam subjek Sains dan Matematik sebagai pemangkin kemajuan bangsa dan negara.

Bertolak daripada ketiga-tiga persefahaman ini, saya percaya perselisihan utama sebenarnya adalah kaedah untuk mencapai matlamat suci ini dan dengan penjernihan persefahaman ini, saya percaya diskusi tentang kaedah untuk mencapai matlamat ini akan lebih sirna.

Pada pendapat saya, langkah kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar Sains dan Matematik adalah satu langkah yang terkebelakang, melunturkan ketiga-tiga persefahaman di atas yang akhirnya boleh membantutkan tercapainya matlamat kemajuan Melayu dan Malaysia.

Ini kerana kedua-dua subjek yang di eksperimenkan ini, Sains dan Matematik adalah subjek yang memerlukan daya cerapan, pemahaman dan minat yang tinggi untuk di selami. Bahkan saya percaya, masalah kekurangan minat pelajar terhadap subjek-subjek ini telah beberapa kali di war-warkan semenjak tahun 1990-an lagi.

Jadi, adakah dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam subjek ini boleh meningkatkan minat, cerapan dan kefahaman pelajar terhadap subjek ini? Saya olah semula persoalan ini dalam situasi kini, adakah dengan penggunaan bahasa Inggeris lintang pukang oleh guru yang beliau sendiri tunggang langgang boleh meningkatkan minat, cerapan dan kefahaman pelajar generasi pendukung bangsa kita?

Kajian UNESCO dan ahli-ahli akademik sebelum ini jelas menyimpulkan kepentingan bahasa pribumi (native tongue) dalam menyampaikan dan menarik minat tunas-tunas muda terhadap subjek teknikal sebegini terutama yang datang daripada golongan kurang mampu.

Saya cuba untuk tidak menjadi terlalu pesimis tapi saya percaya hasil yang akan kita lihat nanti ialah kedua-dua subjek ini akan menjadi subjek yang paling tidak popular di sekolah, dan mereka yang mempelajarinya akan berbalik kepada budaya hafalan kerana kurangnya kefahaman terhadap teks dan juga ketidakupayaan guru untuk menerangkan dengan jelas persoalan yang timbul oleh minda muda ini.

Hasil akhir yang akan kita lihat ialah negara pada masa depan akan menghadapi krisis kekurangan tenaga saintis, jurutera, doktor, ahli farmasi dan lain-lain sarjana sains akibat kedangkalan kita kini yang gagal menerapkan ilmu sains dan matematik sebaiknya kepada mereka. Lantas, apakah kerjaya mereka di masa depan? Barangkali pemandu pelancong atau operator telefon di syarikat multinasional.

Oleh itu, langkah terbaik untuk memajukan bangsa dan negara kita, di samping memastikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat kita tidak lain tidak bukan ialah dengan bertanya kembali, di manakah pincangnya usaha pengajaran bahasa Inggeris kita di sekolah selama ini?

Adakah lapan jam seminggu masih tidak cukup? Adakah guru-guru bahasa Inggeris kurang terlatih? Adakah teknik pengajaran mereka kurang betul? Adakah bahan pengajaran kita tidak betul?

Sekiranya kita telesuri kembali, warga Malaysia sebenarnya telah di ajar bahasa Inggeris sebanyak lebih 3000 jam semenjak sekolah rendah sehingga ke peringkat SPM, jauh lebih banyak daripada kursus persediaan bahasa Jepun, Perancis atau Russia untuk pelajar Malaysia yang akan ke negara-negara terbabit untuk melanjutkan pelajaran jadi di manakah silap kita?

Kelemahan-kelemahan sedia ada inilah yang harus di perbaiki dan di pertingkatkan dan bukannya menebuk labu lain.

Saturday, December 27, 2008

Wednesday, December 10, 2008

Media Pro BN alih perhatian rakyat

Cuba kita tanya secara rambang rakyat Malaysia ketika ini apa masalah mereka. Adakah masalah utama mereka akan diberhentikan kerja, harga getah dan sawit merudum jatuh, harga barang naik ?

Atau mereka akan jawab ladang babi berhampiran rumah mereka, papan tanda jalan pelbagai bahasa depan rumah mereka, mereka tak dapat mengamalkan Yoga ?

Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dialihkan perhatian oleh media , baik media pro BN mahu pun media pro Pakatan Rakyat (kerana menghabiskan masa menepis serangan media pro BN) terhadap isu-isu yang remeh temeh. Sedangkan banyak isu lain yang lebih besar.

Tanya seorang isteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab suami mereka tak beri nafkah, suami mereka gila perempuan, suami mereka gila judi.

Tanya seorang suami apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga barang naik , elaun dipotong, harga getah turun.

Tanya seorang anak apa masalah mereka ? Mereka akan jawab tak lama lagi nak buka sekolah , tapi ayah tak mampu nak bayar yuran, tak mampu nak bayar tambang bas.

Tanya seorang ibu apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga ikan naik, anak perempuan mereka selalu keluar malam, anak lelaki mereka sudah mula berjinak dengan dadah.

Tanya seorang ayah apa masalah mereka ? Mereka akan jawab rumah yang dibeli terbengkalai, pinjaman bank perlu dibayar, duit sewa rumah juga perlu dibayar.

Tanya seorang polis apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes samun makin meningkat, kes rogol makin meningkat, dan pelbagai kes lagilah.

Tanya seorang imam masjid pula apa masalah mereka ? Mereka akan jawab jemaah solat semakin berkurangan, kehadiran kuliah agama semakin berkurangan.

Tanya seorang doktor apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes pembuangan bayi semakin banyak, kes bayi lahir tanpa bapa semakin banyak.

Tapi bila kita tanya ahli politik , kita tanya menteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab papan tanda jalan mesti Bahasa Melayu , ketuanan Melayu mesti dipertahankan, lapangan terbang perlu di bina di Negeri Sembilan dan macam-macam isu lagi yang digembar gemburkan.

Jadilah rakyat yang bijak dan berfikiran terbuka serta rasional.