Atau mereka akan jawab ladang babi berhampiran rumah mereka, papan tanda jalan pelbagai bahasa depan rumah mereka, mereka tak dapat mengamalkan Yoga ?
Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dialihkan perhatian oleh media , baik media pro BN mahu pun media pro Pakatan Rakyat (kerana menghabiskan masa menepis serangan media pro BN) terhadap isu-isu yang remeh temeh. Sedangkan banyak isu lain yang lebih besar.
Tanya seorang isteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab suami mereka tak beri nafkah, suami mereka gila perempuan, suami mereka gila judi.
Tanya seorang suami apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga barang naik , elaun dipotong, harga getah turun.
Tanya seorang anak apa masalah mereka ? Mereka akan jawab tak lama lagi nak buka sekolah , tapi ayah tak mampu nak bayar yuran, tak mampu nak bayar tambang bas.
Tanya seorang ibu apa masalah mereka ? Mereka akan jawab harga ikan naik, anak perempuan mereka selalu keluar malam, anak lelaki mereka sudah mula berjinak dengan dadah.
Tanya seorang ayah apa masalah mereka ? Mereka akan jawab rumah yang dibeli terbengkalai, pinjaman bank perlu dibayar, duit sewa rumah juga perlu dibayar.
Tanya seorang polis apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes samun makin meningkat, kes rogol makin meningkat, dan pelbagai kes lagilah.
Tanya seorang imam masjid pula apa masalah mereka ? Mereka akan jawab jemaah solat semakin berkurangan, kehadiran kuliah agama semakin berkurangan.
Tanya seorang doktor apa masalah mereka ? Mereka akan jawab kes pembuangan bayi semakin banyak, kes bayi lahir tanpa bapa semakin banyak.
Tapi bila kita tanya ahli politik , kita tanya menteri apa masalah mereka ? Mereka akan jawab papan tanda jalan mesti Bahasa Melayu , ketuanan Melayu mesti dipertahankan, lapangan terbang perlu di bina di Negeri Sembilan dan macam-macam isu lagi yang digembar gemburkan.
Jadilah rakyat yang bijak dan berfikiran terbuka serta rasional.
No comments:
Post a Comment