Sunday, March 22, 2009

PPSMI dari kacamata pengasasnya TDM ll

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2

By Dr. Mahathir Mohamad on March 20, 2009 6:45 PM
1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.

Monday, March 16, 2009

PPSMI dari kacamata pengasasnya TDM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009 6:48 PM

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.


4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

Sunday, March 15, 2009

PPSMI dari kacamata MSO

Monday, March 9, 2009
Susupan Tengahari

Hishamuddin Menghukum Dengan Sebelah Mata

KATA Hishamuddin bin Hussein bin Onn bin Jaaffar, himpunan membantah PPSMI Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang. Alasannya mudah sahaja sebab beliau ada nampak pemimpin pembangkang menyertai himpunan berkenaan.


Hukuman Hishamuddin itu terlalu mudah dan seolah-olah dibuat oleh mereka yang berfikir secara kebudak-budakan atau hukum sebelah mata. Tuduhan Hishamuddin itu bersifat politik untuk menuduh Pas supata rakyat bencikan Pas.

Dengan tuduhan itu juga beliau membayangkan kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau selama ini di mana apa yang disangkakan itu benar. Bahawa dalang di sebalik anti PPSMI itu ialah pembangkang, khususnya Pas.


Mungkin Hishamuddin tidak membaca pun memorandum yang serahkan oleh Dr Hassan Ahmad dan rombongan GMP kepada beliau dan beberapa menteri dan ahli Parlimen lain di parlimen tidak lama dulu. Kalau ketua Pemuda itu membaca dan memahami intipati memorandum itu beliau tidak akan membuat tuduhan murah begitu.

Beliau akan menjaga lidahnya dan tidak berselindung di sebalik ting kecil untuk menyelamatkan diri dan menjaga maruah politiknya. Tetapi kerana beliau bercakap tanpa berfikir menyebabkan Hishamuddin telah mendedahkan kedangakalan akal fikir siasahnya.

Sebagai Menteri Pelajaran sepatutnya Hishamuddin seorang yang banyak membaca dan berfikir dengan menggunakan otak dan bukan dengan kulit kepala. Perjuangan memansuhakn PPSMI bukan baru. Ia bermula sejak mula-mula ia hendak dilaksanakan lagi.

Sudah berpuluh seminar, konvensyen, forum, ucapan, pandangan, tulisan dan sebagainya diadakan sebagai membantah perlaksanaan dasar berkenaan.

Yang membantah dan menyuarakan kebimbangan mereka bukan saja pemimpin pembangkang tetapi pemimpin Umno sendiri dan juga para cerdikpandai lain yang tidak ada apa-apa kepntingan politik. Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara tokoh yang menentang dasar pendidikkan PPSMI ini.

Ada juga kalangan pemimpin Umno yang boleh dikira ada nama turut sama menentangnya. Tetapi kerana mereka Umno yang kena menjaga kedudukan dan kepentingan penentangan itu dilakukan secara sorong tarik, macam kura-kura menyembunyikan kepalanya.

Saya percaya orang Umno bawahan juga tidak setuju dan keliru dengan polisi berkenaan berkenaan. Tetapi disebabkan dasar itu diperkenalkan oleh parti mereka, mereka terpaksa menyokongnya walaupun dalam hati mempertikaikannya. Sebabnya mudah kerana orang-orang Umno diluar bandar juga (yang cerdik dan tidak taksub dengan parti) menyedari akan masalah yang dihadapi murid berhubung PPSMI ini.

Walaupun penentangannya kini secara meluas dan memorandum mengenainya sudah memasuki Istana Negara, namun masih juga ada yang belum faham mengapa PSPMI dibenci. Hishamuddin dan mereka yang sebebal dengannya hendaklah sedar isu PPSMI bukan merupakan ideologi mana-mana parti politik.

Gerakan menentangnya kerana hendak mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi murid-murid luar bandar berhubung isu berkenaan tanpa mengira warna kulit dan keturunan.

Kerana sikap berkata sebelum berfikir menyebabkan ramai yang tidak tahu hujung pangkal mengenai PPSMI tetapi malangnya mereka ingin juga mengambil bahagian maka timbullah kekeliruan. Bila sudah jadi begini maka jadilah mereka mengkritik terhadap apa yang mereka tidak faham dan tidak tahu.

Bagi pengetahuan yang masih keliru, apabila GMP menentang PPSMI bukan bermakan GMP dan sekelian orang menyokongya menolak pembelajaran bahasa Inggeris. Mereka bukan berfikiran sempit dan membenci kepada bahasa penjajah itu tana tentu fasal. Apa yang diperjuang dan dipersoalkan mengenai pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang menjejaskan pendididan dan peratus kelulusan anak-anak sekolah di kampung. Itu saja.

Bacalah kajian dan analisa mengenai keputusan USPR tatkala PPSMI dikuatkuasakan. Tengok secara jujur dan ikhlas kesan dan implikasi ke atas dasar berkenaan dan jangan cuba menegak benang basah atau rela menerimanya sebagai bagus kerana ia dibuat oleh Umno.

Kenapa orang-orang Umno seperti ini sudah membuang mata zahir dan mata hatri mereka untuk menilai mana yang buruk dan mana yang baik.

Kepada Hishamuddin dan orang sebebal dengannya pula jangan mudah menundign jari kepada pembangkang. Yang jelas isu PPSMI bukan isu parti politik. Masa perarakan tempoh hari tidak ada pun pemimpin tertinggi PKR dan DAP? Apakah ianya isu pembangkang? Kata Hishamuddin beliau tidak nampak pun muka-muka Umno di dalam himpunan berkenaan? Apakah wajah orang Umno ada tanda khusus?

Nampaknya semakin hari Hishamuddin semakin besar kepala dan keras kepala. Sikap Hishamuddin yang tidak langsung memberi reaksi kepada ‘sunggutan’ Abdulah Ahmad Badawi mengatakan isu PPSMI sudah menjadi isu besar dan perlu diatasi segera menunjukkan Ketua Pemuda itu sudah tidak ada hormat langsung kepada bakal bekas Perdana Menteri itu.

Sikap dan cara Hishmauddin berdolak dalih dalam isu PPSMI ini ia menyedihkan orang Melayu. Sudah pasti rasa sedih dan terkilan itu juga akan terbawa ke dalam perhimpunan agung Umno kelak. Sekiranya Hishamuddin terus bebal dan berdegil dengan sikapnya kini tidak mustahil beliau akan diajar oleh perwakilan kelak.

Kedudukan beliau yang kini dikataskan calon favourite untuk Naib Presiden mungkin boleh jatuh mendadak kalaupun tidak tergolek terus. Sekiranya Hishamuddin tergolek ini bermakna perwakilan Umno pada 24 – 28 Mac ini masih ada hati dan kecintaan kepada bahasa ibunda mereka.Sebaliknya kalau Hishamuddin masih menang jelas bahasa Melayu sudah hilang dari hati Umno.

Saturday, March 7, 2009

Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap?

Azamin Amin Sat Mar 07, 09 3:03:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Terkini menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

FRU kini katanya telah melancarkan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta himpunan dan dalam masa yang sama pasukan anggota polis kelihatan mengejar beberapa para peserta di lokasi berdekatan stesen Keretapi KTM berdekatan Istana Negara. Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Dilaporkan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS termasuk para pejuang bahasa yang lain turut berada di sekitar kawasan istana negara.

Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Dato' Baha Zain dan Naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi. Kira-kira jam 3.15 petang Lutfi memaklumkan bahawa ribuan orang ramai sudah mula berundur dari Istana Negara ke Masjid Negara kerana 'asakan' dan serangan yang dilakukan oleh pihak FRU dan para peserta di minta berkumpul ke sana. Pada 3.40 petang, Lutfi menjelaskan bahawa terdapat sedikit percanggahan maklumat bahawa A. Samad Said ditangkap berikutan suasana kelam-kabut di pekarangan sekitar Istana Negara sedangkan beliau sebenarnya diiringi pihak polis memasuki kawasan tersebut.

Namun dikatakan bahawa cara 'penahanan' untuk mengiringi Sasterawan itu dilihat agak kasar.
Sementara itu, kata Lutfi pihak polis sudah melepaskan berdas-das tembakan gas pemedih mata kepada orang ramai yang berkumpul di dalam Masjid Negara sehingga salah sebuah jam di masjid tersebut pecah di samping menyebabkan suasana menjadi tegang.

Kini Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Dato' Ustaz Abu Bakar Chik sedang berunding dengan pihak polis manakala ribuan orang ramai masih memenuhi pekarangan dan juga di dalam masjid
Mutakhir kira-kira jam 4.45 petang tadi, Lutfi melaporkan ribuan orang ramai yang berada di Masjid Negara telah bersurai secara beransur-ansur dan difahamkan memo bantahan dan mansuhkan PPSMI berjaya diserahkan kepada pihak istana - azm_

Kronologi Perhimpunan Bantah PPSMI

Himpunan 100 ribu: Polis bedil Masjid Negara!
Oleh Irwan,Saidah, Anis,Intan, Salmiyah, Roy, Arif & Atriza. Sat Mar 07, 09 9:18:15 am MYT

TerkiniKUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Maklumat terkini daripada petugas Harakah di lokasi memaklumkan bahawa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air daripada 'Water Cannon' kepada orang ramai yang berada di dalam kawasan Masjid Negara.

Berikut adalah beberapa perkembangan terkini yang dibawa secara langsung oleh para wartawan Harakah yang bertugas di 3 lokasi perhimpunan serta di kawasan Istana Negara:

3.45 petang: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dihalang pihak polis daripada bergerak ke Istana Negara.

3.25 petang: Sebahagian peserta himpunan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid oleh pihak polis.

3.15 petang: Pihak berkuasa mula menyembur pancutan air daripada 'Water Cannon' dan melepaskan gas pemedih mata sebanyak 5 das kepada orang ramai yang sedang berehat di Masjid Negara.

3.00 petang: Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.

2.55 petang: Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. Sebelum itu,beliau kelihatan diiringi pihak polis untuk masuk ke dalam kawasan istana dan keluar semula kira-kira 15 minit kemudian.

2.50 petang: Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.

2.35petang: pihak polis mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata.

2.30 petang: Dianggarkan lebih 150 ribu orang sedang berusaha untuk menembusi sekatan FRU di jalan menghala ke Istana Negara.

2.21 petang: Kumpulan daripada Sogo yang berarak telah mula bersatu dengan kumpulan daripada Dayabumi,dianggarka n lebih 5,000 orang ketika ini sedang bergerak ke arah Istana Negara. Sementara itu, dilaporkan bahawa FRU sedang mengalihkan trak untuk membuat hadangan terhadap kumpulan daripada Masjid Negara.

2.20 petang: Dianggarkan lebih 1,000 orang sedang berarak daripada Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka dengan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Sementara itu, di Istana Negara para wartawan telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan istana oleh polis. Dilaporkan,pihak polis sedang membuat hadangan di hadapan istana.

2.16 petang: Sementara di Pasar Seni, Ustaz Abu bakar Chik sedang membaca doa dan pihak polis telah membenarkan kumpulan di situ untuk berarak.

2.15 petang: Namun, rantaian sekatan yang dibuat FRU telah dirempuh oleh rakyat yang berhimpun dengan laungan 'Allahuakbar' !

2.10 petang: FRU ketika ini sedang menghalang rakyat yang berhimpun di Masjid Negara daripada berarak ke Istana Negara.

2.05 petang:Pihak polis sedang menghalang beberapa kumpulan di Pasar seni daripada berhimpun dan berarak ke Masjid Negara.

2.00 petang: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sertai AJK GMP sedang berucap untuk menaikkan semangat rakyat yang hadir agar berarak ke Istana Negara.

1.52 petang: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub,Dr Syed Azman, Dato' Mahfuz Omar sedang memimpin perarakan daripada Kompleks Sogo bersama lebih 1,000 orang yang menyokong untuk membantah dasar PPSMI. Walaupun,hujan turun namun semua bersemangat dengan meneriak pelbagai slogan.

1.50 petang:Pihak kerajaan melaksanakan 'languange cleansing' (pembersihan bahasa) kerana berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI walaupun dibantah oleh rakyat.

1.35 petang: Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.

1.25 petang:Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.

1.15 petang:Sasterawan Negara,Dato' A. Samad Said melahirkan kekecewaan dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan polis.

1.10 petang:Pihak polis mengarahkan sepanduk membantah PPSMI diturunkan di Masjid Negara.

1.00 petang: Dato' Dr Hassan Ahmad melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai hari ini dan ia jelas menandakan PPSMI ditolak oleh rakyat. Dalam pada itu, Dr Hassan memaklumkan setelah berunding dengan wakil GMP,pihak polis hanya membenarkan sebanyak 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara selepas solat Zohor (sekitar jam 2.00 petang). Turut serta adalah beberapa wakil NGO berbangsa Cina. Namun, pihak polis masih melarang untuk diadakan sebarang perarakan,tetapi perhimpunan hanya dibenarkan di kawasan masjid sahaja.

12.50 tengahari: Kira-kira 10,000 orang sudah mula berhimpun di sekitar kawasan Masjid Negara dengan memakai baju berwarna putih.

12.45 tengahari: Lebih 1,500 orang daripada Kelantan telah tiba di KL Sentral melalui keretapi dan kini telah bergerak ke tiga lokasi yang ditentukan oleh pihak penganjur.

12.45 tengahari:Keadaan di Masjid Negara masih terkawal,namun anggota polis dianggarkan lebih 50 orang ditempatkan sekitar kawasan masjid.

12.30 tengahari: Jalan dari arah Jalan Klang Lama dan Parlimen telah ditutup oleh pihak polis.


12.00 tengahari: Kawasan sekitar Pasar seni mula gamat dengan anggota polis yang ditambah lebih 100 orang. Sementara itu, di hadapan bangunan Jawi kelihatan 3 buah trak 'Water Cannon'.

11.40 pagi: Pihak polis dan FRU kelihatan telah bersedia di kawasan Istana Negara. Trak 'Water Cannon' hanya sebuah tetapi anggota FRU dianggar sekitar 100 orang. Dalam pada itu, helikopter kelihatan berlegar di kawasan istana.

11.20 pagi:Kawasan pusat membeli belah Sogo mula terasa bahangnya apabila bilangan anggota polis mula bertambah lebih 100 orang.

10.35 pagi: Kawasan membeli belah Kompleks Sogo pula kelihatan lebih 30 anggota polis sedang berkawal,namun suasana masih terkawal.

10.20 pagi: Tinjauan harakahdaily mendapati sebanyak 5 buah trak FRU kelihatan di Dataran Merdeka.

10.04 pagi: Kawasan di sekitar pasar Seni mula terasa bahang Himpunan apabila beberapa kelompok orang ramai di lihat berkumpul. wartawan Irwan,melaporkan kelihatan lebih 30 anggota polis di kawasan ketak kereta Pasar Seni.

9.20 pagi: Jalan menuju ke pusat bandar raya dari arah Jalan Kuching mula sesak apabila pihak polis mula mengadakan sekatan jalan raya.

9.00 pagi: Helikopter milik pasukan polis mula kelihatan dan berlegar di sekitar bandaraya. - mks.

Tuesday, March 3, 2009

PIBG seluruh negara bantah PPSMI

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram."

Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.

Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”."

Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI.

"(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas," kata Mohd Ali.

Katanya, PIBGN hadir kesemua lima kali persidangan meja bulat kementerian dan membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak enam tahun lalu.

Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" dan "tidak cukup latihan".

"Insentif 10 peratus kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10 peratus," katanya.

Selain itu, Mohd Ali menambah, PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya."Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh kementerian digunakan," katanya.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dianggotai kumpulan NGO dan sayap-sayap Pemuda PKR dan PAS.

http://www.malaysiakini.com/news/99123