Monday, December 13, 2010

Kes Kenal Kawan Lelaki di Facebook, Seorang Guru Wanita kena tipu RM15000

Ini ada satu lagi cerita yang aku kurang gemar. Camanalah seorang guru boleh kena tipu dan rugi hampir RM15 ribu? Diulangi, RM15 ribu! Tu berapa lama kumpul agaknya. Dengan duit banyak tu, macam-macam boleh buat. Boleh beli kereta 2nd hand 2 bijik tuu..

KOTA BAHARU, 2 Dis (Bernama) — Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata,kejadian itu berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.

Selepas berkenalan beberapa minggu, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.

Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.

Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA,” katanya.

Mazlan berkata selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu.

Komen aku, benda-benda macam ni, kita kena alert. Tak kiralah kita ni siapa, perdana menteri ke, penjual sate ker, cikgu ke, doktor ke, dekan sekolah ke, penjual dvd haram ker, penjaga stor pasaraya ker atau sesiapa pun, bab-bab kena hulur duit dulu baru dapat barang, janganlah percaya. Kalau nak percaya gak, terus tanya pihak polis cawangan yang berdekatan, janganlah percaya bulat-bulat. Bila dah hulur duit ribu-ribu tu nanti, dah takde maknanya. Polis pun bukan senang nak tangkap pencuri moden sekarang. Semua IQ dan EQ pencuri ni ada yang tinggi-tinggi belaka. Malah, tak mustahil dikalangan pencuri dan penipu ada yang lulusan universiti. Jadi, sila berhati-hati. Lagi-lagi kalau kenal orang dari FACEBOOK ni. Sebab tu ada orang kata facebook ni melahirkan banyak penipu dan orang yang kena tipu. Salah seorangnya, cikgu pempuan nih..aduhai. Kan dah rugi 15 ribu, leh wat kenduri kawin tuu..gelang emas dah boleh dapat 15 gelang tu..7 kiri, 8 gelang kat kanan..

Lagi satu, bab-bab duit pound sterling ke, kan isytihar harta ker, kena gores dan menang ker atau apa-apa yang membuatkan korang kena bayar sejumlah wang sampai ratus-ratus atau ribu-ribu ringgit, sila abaikan atau pejamkan mata anda. Sejujurnya, anda mungkin sedang kena kencing oleh penjual-penjual yang berkaliber untuk menipu anda. Jadi, janganlah kena tipu lagi. Aku dah cukup kesian kalau dengar kes cikgu-cikgu kena tipu dalam benda-benda macam nih. Kesian tu..

Dan, selalunya yang kena tipu kat facebook ni orang pempuan. Kenal laki dari negara mana ntah. Yang ni dari Iraq kononnya. Tak tahu betul ke tak. Selalu dari Nigeria, China, Arab dan mana-mana lagi ntah. Sila abaikan kalau ada orang dari negara-negara tersebut tetiba nak peluk Islam tanpa sebab atau tetiba nak kawan rapat dengan korang. Takkan kat Malaysia nih tak ramai lagi lelaki yang boleh dijadikan suami atau sahabat atau kawan? Kenapalah tak tanya kawan atau keluarga tentang perkara ni. Sekurangnya, tidaklah kena tipu sampai tergadai ribu ringgit. Aduhai, benda dah jadi. Nak buat macam mana.

Ps: Agak-agak korang, dapat tak cikgu tu balik duit dia? Aku rasa, boleh dapat. Suruh pihak Bank hold akaun yang cikgu tu transfer dan check siapa punya akaun. Dari situ, boleh trace siapa yang terima duit tu. So, dari situ leh mintak balik duit RM15 ribu tu. Habis cerita..

http://ohcikgu.com/

No comments: