Saturday, August 29, 2009

Bukan Senang Nak Jadi Pengetua

Sekolah sebagai sebuah 'learning organization' mempunyai tanggungjawab, misi dan visi serta matlamat dan halatuju, pada jangka panjangnya melahirkan manusia yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi, bersahsiah unggul dan mulia, berkemahiran, menyelesaikan masalah, serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara di peringkat local atau pun global, perlukan seorang pemimpin pendidikan yang mampu melaksanakan tugas-tugas berat ini dengan penuh semangat dan daya juang yang tinggi tanpa mengira masa dan waktu.

Di sekolah Pengetua dianggap seorang pemimpin kurikulum, pengurusan pejabat, hubungan manusia dan pembuat keputusan yang amat penting bagi menentukan kemajuan dan kecemerlangan anak didik dan organisasi sentiasa competent dan relevan dengan situasi dan isu-isu semasa. Sayangnya tidak ramai pengetua (yang saya temui) memiliki ciri-ciri dan personaliti dan watak yang diperlukan sebagai seorang pemimpin pendidikan yang berkesan di peringkat sekolah. Dari itu maka wujudlah keadaan di mana seolah-olah pengetua lemah dan tidak berkesan dalam banyak hal walaupun dalam aspek-aspek teras kepimpinan kurikulum. Jadi tidak hairanlah berlaku situasi di mana terdapat pengetua yang menunjukkan ciri-ciri kelemahan seperti berikut:
  • Tidak berani mengadakan Mesyuarat Guru kerana tidak berkeupayaan memberi penjelasan terhadap isu-isu sensitif yang ditimbulkan
  • Tidak ada kebolehan memotivasikan guru-guru (termasuk kakitangan bukan guru) yang rendah prestasi, yang bermasalah, dan menjadi 'jelatang' kepada organisasi dan komuniti setempat.
  • Tidak ada misi dan visi atau wawasan, setiap orang bebas melakukan apa yang disukainya (salah faham kepada konsep demokrasi dan lassiez-faire).
  • Tidak mampu menggerak dan memastikan semua guru dan penolong-penolong kanan melakukan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan.
  • Tidak ada kebolehan membimbing semua guru dari segi tunjuk ajar, garispanduan, hierarki tugas, sistem dan prosedur yang patut diikuti semua.

  • Tidak tegas, tidak assertive, tidak konsisten, tidak telus dan tidak mematuhi keputusan yang telah diambil dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui.
  • Kebanyakannya mengamalkan konsep 'mengharap' tetapi tidak 'menggarap' supaya sesuatu perkara benar-benar dihayati dan diamalkan oleh setiap warga sekolah kepada satu tahap yang maksimum.

Setelah berkhidmat di tujuh buah sekolah menengah , saya cukup yakin dengan apa yang telah saya lihat, lalui dan alami, perbaiki dan perbetulkan serta yang saya fikirkan, bahawa seseorang Pengetua tidaklah semudah seperti yang disangka oleh kebanyakan orang. Saya temui ramai Pengetua yang 'bergaya' sebenarnya tidak 'berdaya', 'cakap tak serupa bikin', bernafsu besar dan bercita-cita tinggi tetapi sebenarnya 'tidak bertenaga', memanupulasi pengaruh dan kedudukan dan bukan sedikit pula yang 'lebihkan kerja luar' daripada memimpin guru-guru dan anak didik di sekolah.

Saya juga banyak menerima maklumat mengenai senario dan tingkah-laku yang tidak wajar berlaku di sekolah-sekolah terutama soal prinsip dan peraturan, soal allocated time dan enganged time yang sebenarnya dan sepatutnya menjadi prioriti pertama dan utama seseorang pengetua dalam aspek kepemimpinan kurikulum.

Tujuan utama saya ialah bagi menyedarkan semua guru bahawa menjadi guru bukan setakat masuk kelas mengajar (bagaimana pula yang tak masuk mengajar?) tetapi lebih daripada itu...yakni mengajar sebagai satu ibadah! Guru-guru hendaklah faham prinsip berikut:

  • Bukan kepada SIAPA betul tetapi kepada APA yang betul
  • Perubahan bukan semata-mata kerana hendak berubah tetapi kepada
    MENGAPA perlu berubah dan APA yang perlu diubah
  • Mengutamakan dan meletakkan konsep KITA (teamwork) mengatasi
    pemikiran AKU (egoistic and individualistic)
  • "Walk My Talk'...cakap serupa bikin bukan kata-kata rhetoric tanpa bukti
    yang nyata terperi
  • Menganggap apa jua penghalang sebagai satu 'challenge' yang perlu ditangani secara objektif dan penuh profesionalisme serta penuh hikmah dan bijaksana

Kepimpinan berkesan bukan dasarkan kedudukan (position) atau pangkat (rank) tetapi apa yang kita boleh buat (competency), kebolehan membezakan antara emotional dan professional, antara individual dan organizational, antara illusi dan realiti.

No comments: