Thursday, September 9, 2010

Tuesday, September 7, 2010

Petua untuk keselamatan diri dan keluarga

Pemandu hendaklah membaca Ayat Qursi 3 kali sebelum kenderaan mula bergerak. Pastikan suasana di dalam kenderaan senyap daripada sebarang suara atau bunyi ketika membaca ayat tersebut.

Kemudian bacalah ayat di bawah. "Bismillahilladzi laa yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fis samaiwahuwassami'ul 'alim" , 1 kali.

بِـسْمِ اللهِ الـَّذِي لاَ يَضُرُّ مَـعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ

(Maksudnya: Dengan nama Allah, tidak akan mendatangkan mudharat sesuatu di langit dan di bumi dan Dialah (Allah) bersifat maha mendengar lagi maha mengetahui.)

Kemudian bacalah ayat di bawah. " HasbunAllahu wa ni'mal wakiil, wala hawla wala quwwata illa billahil'aliyyil 'adzim", 1 kali.

حَسْبـُنَا اللهُ وَنِـعْمَ الوَكِيْلُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

(Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai penolong, dan sesungguhnya tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah yang bersifat maha tinggi lagi maha agung.)

Kemudian berdoalah: "Ya Allah, peliharalah perjalanananku (dan ahli keluargaku) ini daripada segala musibah, samada ke atas diriku mahupun ke atas kenderaanku ini. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemelihara".

Kemudian barulah masuk gear pertama (manual atau automatik). Seterusnya bacalah doa menaiki kenderaan seperti biasa dan mulakanlah perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi.

Doa dan harapan

Semoga musim perayaan tahun ini dan perjalanan kita sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t. dari segala musibah dan kecelakaan. Dan mudah-mudahan petua-petua di atas mendapat berkat daripada Allah s.w.t., dengan syarat kita benar-benar ikhlas memohon perlindunganNya. Jangan pula beranggapan apabila membaca dan mengamalkan petua-petua di atas, kita boleh memecut kereta macam di Formula One pula kerana beranggapan Allah s.w.t sudah tentu "melindungi" kita.

Selamat menyambut 1 Syawal 1431H

“Taqabbalallahu minna waminkum”

“Kullu ‘am wa antum bi khair”

MINAL A’IDEEN WAL FAAIZIIN