Friday, February 26, 2010

Thursday, February 25, 2010

Keputusan Peperiksaan


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Calon persendirian pula, katanya, akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Seramai 442,936 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran; calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan tertentu 16,019 (3.6 peratus); calon sekolah swasta 10,331 (2.3 peratus) dan calon persendirian 28,507 (6.5 peratus),” katanya.

Alimuddin berkata, sebanyak 3,939 pusat peperiksaan disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara. Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 November hingga 5 Disember 2008.

Bagi peperiksaan STAM pula, katanya, seramai 6,240 calon mendaftar untuk mendudukinya, dengan 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan; calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri 4,219 (67.6 peratus); calon sekolah agama rakyat dan swasta 788 (12.6 peratus) dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan menyebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Di samping itu, katanya calon boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM (JARAK) (Nombor kad pengenalan) dan hantar ke 39003.

Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Katanya, analisis pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 10 Mac jam 11.30 pagi di MPM.

Seramai 53,638 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian. –Bernama.

Thursday, February 4, 2010

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

PERMOHONAN ONLINE

Sila pastikan anda telah membaca Pengenalan, Tatacara Permohonan
dan Syarat-syarat Permohonan Program sebelum mengisi Borang Permohonan Online.

PENGENALAN PROGRAM
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
SENARAI BIDANG YANG DITAWARKAN
BORANG PERMOHONAN ONLINE


SYARAT UMUM

i.Warganegara Malaysia;

ii.Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3 tahun) dalam skim perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 dan DG48 yang memenuhi syarat juga boleh memohon;

iii.Telah disahkan dalam perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;

iv.Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh 3 tahun kelendar berturut-turut;

v.Diperakukan oleh Ketua Jabatan;

vi.Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Kedoktoran pada tarikh tutup permohonan;

vii.Tawaran ini hanya terbuka untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi kemasukan Julai 2010 sahaja;

viii.Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;

ix.Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;

x.Telah mengisytiharkan harta; dan

xi.Pegawai bukan merupakan peminjam tegar pinjaman/peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.


SYARAT KHUSUS

i.Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;

ii.Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;

iii.Pegawai mengisi Jawatan Latihan semasa mengikuti kursus. Penempatan pegawai selepas tamat Cuti Belajar akan ditentukan oleh BPSM;

iv.Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;

v.Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;

vi.Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana. Pelanjutan tempoh Cuti Belajar adalah tidak dibenarkan sama sekali;

vii.Tempoh ikatan kontrak adalah seperti yang telah dikeluarkan oleh JPA