Saturday, July 18, 2009

Pengetua...oh..Pengetua...

Saudara saudari serta sahabat seperjuangan yang menjadi penjenguk setia kepada blog saya ini, dengan berakhirnya isu permansuhan PPSMI baru-baru ini, saya akan cuba memfokuskan pula posting saya kepada satu lagi topik yang tidak kurang hangatnya dikalangan masyarakat umumnya dan kaum guru khususnya. Topik yang saya maksudkan tersebut ialah mengenai pengetua dan gaya kepemimpinan mereka di sekolah-sekolah.

Saudara saudari dialu-alukan untuk memberi sebarang komen, pandangan atau kongsi sedikit pengalaman sendiri mengenainya. Bukan lah tujuan saya untuk menjatuhkan atau memalukan mana-mana pengetua samada yang masih berkhidmat, sudah pencen atau yang telah meninggal dunia.

Anggaplah apa-apa posting yg diketengahkan atau yg dipaparkan di blog ini nanti, sebagai panduan atau teladan kepada kita semua dalam mengharungi arus pendidikan di Malaysia yg semakin kompleks dan mencabar. Tidak kira samada kita ini bercita-cita untuk menjadi pengetua atau bakal dilantik suatu hari nanti. Sekurang-kurangnya, ini boleh membantu saudara saudari memahami isi hati dan perasaan rakan seperjuangan bila sudah berlabel sebagai pengetua suatu hari nanti.

Perilaku kepincangan kepimpinan pengetua

Fakta ini adalah berasaskan kajian yang dilakukan oleh penyelidik USM yang menfokuskan kepada kepemimpinan pengetua. Kepincangan yang berlaku ini adalah disebabkan wujudnya tindak-tanduk pengetua yang merupakan pemimpin utama sekolah. Semua fakta yang diketengahkan adalah merupakan ringkasan beberapa penanda aras perilaku yang memberikan tekanan kepada guru yang juga subordinat.

Tahap Awal

Melibatkan kepincangan laku kepimpinan yang tidak nyata tetapi tidak disenangi oleh kakitangan bawahannya iaitu menyinggung perasaan guru.

Tidak menghiraukan perasaan guru-guru

Amalan kepimpinan autokratik dan autonomi lebih gemar diamalkan oleh pengetua tanpa ada sikap toleransi terhadap guru. Rentetan daripada sikap tersebut, perasaan dan keperluan guru tidak dipedulikan dan menjadi kongkongan kepada kreativiti guru.

Pengetua tidak mengabaikan kebajikan guru sehingga menjadikan guru-guru tertekan dengan sikap pengetua. Ini tidak berkurangan, malah pengetua kurang mengamalkan kemahiran komunikasi yang berkesan terutamanya ketika memberi arahan dan teguran.

Pengetua kurang berkemahiran mengawalselia kewangan sekolah menyebabkan sekolah cantik tetapi kemajuan akademik terabai.

Memulaukan guru-guru

Selain tidak sensitif terhadap perasaan guru, pengetua bertindak tidak profesional dengan memulaukan dan melabel guru yang tidak disukai sehingga guru tersebut tidak selesa atau malu. Tindakan pengetua ini bukan sahaja secara individu malah turut mempengaruhi guru-guru lain untuk memulaukan guru tersebut.Pemulauan ini tidak terhad semasa sesi mesyuarat tetapi dalam urusan pentadbiran seperti wujud ketidaktelusan pengaliran maklumat dalam sekolah, tidak mendapat sokongan atau pujian atas usaha yang mengharumkan nama sekolah dan menyekat peluang perkembangan guru tersebut.

Bersikap bias terhadap sesetengah guru

Sikap pilih kasih yang keterlaluan turut memaparkan kepincangan laku kepimpinan di kalangan pengetua. Pengetua dikatakan mempunyai kumpulan-kumpulan elit yang disukai sentiasa berada dalam kumpulan pentadbiran. Kumpulan ini akan mendapat kelebihan dan menjadi orang kepercayaan pengetua. Sebagai anak emas pengetua, kumpulan ini akan menyokong keputusan pengetua tanpa sebarang bantahan. Ganjarannya adalah sentiasa mendapat keistimewaan, dilindungi pengetua, markah penilaian prestasi yang tinggi dan peluang kenaikan pangkat. Namun kumpulan ini akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan pengetua. Mangsa keadaan adalah kumpulan yang tidak disukai oleh pengetua di mana mendapat bebanan pembahagian tugas yang tidak setimpal dan tidak adil. Apabila perkara ini disuarakan, guru akan ditukarkan ke sekolah lain tanpa sebab yang jelas dan munasabah.

Sikap diri yang menjelekkan

Pengetua tidak menjadi ‘role model’ atau menjadi contoh yang baik kepada guru, staf bawahan dan pelajar. Pengetua suka mencari publisiti murahan dengan mengambil tindakan yang tidak munasabah. Bertindak sebagai diktator walaupun mengaku dirinya bersikap demokratik terutama dalam mesyuarat. Pengetua telah ada ‘pre set decision’ sebelum mesyuarat diadakan. Walaupun terdapat cadangan yang dikemukakan, beliau mengekalkan keputusan yang telah diputuskan sebelum mesyuarat dan mesyuarat mengesahkan keputusan tersebut. Sikap pengetua yang menganggap dirinya tahu segala-galanya dengan tindakan seperti seorang kaunselor atau wakil presiden dalam organisasi serta berbohong dengan menabur janji-janji yang tidak mampu ditunaikan. Sebenarnya, pengetua lebih mengharapkan laporan penolong kanan dan guru kanan berkaitan masalah kakitangan sekolah. Pengetua juga kurang bijak dalam memilih pendekatan untuk menguruskan disiplin sekolah. Kesannya, masalah disiplin semakin meningkat dan tidak terkawal.

Bersambung....

http://cikgumalaysia.com/

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI Akhirnya Dimansuh

Akhirnya pembelajaran Sains dan Matemetik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, demikian diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin jam 2.35 petang tadi. Pemansuhan itu akan berkuat kuasa 2012.